Friday 5 April 2013

Sejarah pepatung & kunang-kunang

Assalamualaikum.

Minggu ni aku asyik taip entry pasal sejarah, kronologi, lagenda dan sebagainya. Minggu klasik.
Mesti korang muak aku dok update blog. hahaha.

Anak-anak sekalian, sila rujuk tajuk di atas untuk entry kali ni.

Sape rasa yg zaman sekarang ni kita dah jarang nampak pepatung dgn kunang-kunang? Angkat ibu jari kaki!
kehkehkeh.
Terus terang aku cakap, aku memang dah lama tak nampak 2 spesis ni. Tak tau la pulak kalau kt tempat korang banyak haiwan ni. Terkadang tu agak rindu dgn mereka.

Aku teringat masa kecik dulu balik dr mengaji kt rumah nenek, aku selalu ajak kawan aku pergi tangkap pepatung kt depan rumah. Agak banyak hasil tangkapan kami.

dragonfly pojaan hati
Tetapi bila mak aku keluar rumah, semua cabut lari sebab bunga-bunga cinta peliharaan mak habis musnah akibat kenakalan kami. Aku tangkap pepatung bkn pakai tangguk. Aku tangkap pakai tangan. Mana tak hancurs leburs bunga-bunga mak. hikhik. Sorry mak.

Dunia dah maju, zaman dah berubah. Pepatung semakin pupus bersama kenangan lalu.. Ecehh!
Bermadah pujangga beta di hari ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari pepatung, we move to kunang-kunang punya cerita.
Aku kt kampong panggil menatang ni kelip-kelip. Sebab dia ada cahaya lampu comel yg berkelip-kelip.

kunang-kunang
Kat rumah tok aku menatang ni selalu menempek kt syiling and dinding. Tapi tu semua dulu masa aku kecik2. Kalau menatang ni jatoh, aku la orang pertama yg melompat. Bukan melompat takut, tapi melompat eksaited sebab boleh tangkap dia!
Alangkah gumbira hati..... berjumpa pertama kali.... lalalala~

kelip-kelip
Semakin hari aku semakin ralit dok tangkap menatang tu. Melihatkan ke''aktif''an aku, opah risau.

Lalu opah mengeluarkan 1 fakta masa aku nak tido malam tu. Opah cakap:-
''kelip-kelip tu ulat kuku hantu cina''. Aku apa lagi, percaya bulat2. Terkejut beruk doh!

Selepas peristiwa itu, aku pegang fakta tu sampai aku besar sehingga opah membocorkan rahsia bahawa itu semua tipu belaka. Jeng jeng jeng! Aku tau korang tak terkejut pon. hahaha.

Cerita atok pulak, masa zaman perang dulu atok tangkap kunang-kunang kemudian letak dalam botol untuk dijadikan lampu. So so so kreatif! Tapi sekarang ni kunang-kunang dah takda.

COOL enough rite?

Gila lah kau fatin, taip entry time kerja. Muahahaha! Shhhh. So, ni je la yg aku dapat share hari ni.

Do visit this blog yeaa! http://hanyadiajepsepahtu.blogspot.com/














No comments:

Post a Comment