Monday 22 July 2013

Senyum

Assalamualaikum Selasa.

Ni lagu Najwa Latif. Tapi aku rasa apa yang ada dalam lagu ni.

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah ataupun jemu

I'm sorry that I love you
I'm sorry if I miss you
Even if I can't have you
You know I'll always be there for you

Mungkin kita tak bersama di tadirnya
Tak mengapa asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu
Biar tiada siapa yang tahu
Biar akau mencintaimu
Dalam diam ataupun bisu

I'm sorry that I love you
I'm sorry if I miss you
Even if I can't have you
You know I'll always be there for you
I'm sorry but I love you




Kadang-kadang aku bermonolog "sampai bila aku nak sorang macam ni? bila ada majlis, kawan semua bawak pasangan masing-masing. bahagia tengok diorang".

Aku yakin. Bukan aku sorang yang pernah rasa semua ni. Aku yakin. Ramai lagi yang pernah ada kt tempat aku.

Jodoh rahsia Allah. Mohon pada Dia. InsyaAllah.












Monday 15 July 2013

Ramadhan & Kanak kanak

Assalamualaikum Ramadhan.

Alhamdulillah jumpa lagi kita tahun ni kan? hehe.

By the way, when we talk about ramadhan of course perkara pertama yg terlintas harussss lah terawih, amal jariah, amal ibadat dan sebagainya di bulan mulia.

Selain dari tu, ramadhan ni jugak bulan yg membuka pintu rezeki kepada peniaga-peniaga kecil terutama yg berniaga di bazar ramadhan. Tapi jangan sebab sibuk cari duit, sampai tinggalkan solat ye abang-abang, kakak-kakak, pakcik makcik..

ibadah di bulan puasa mendapat ganjaran yg amat besar =)


Tak ketinggalan golongan mak-mak. Setiap pagi mereka bangun pagi untuk sediakan juadah sahur. Ada mak-mak yg sebulan sebelum puasa dah pegi soping mall beli buku masak "365 Hari Juadah Lengkap". Hamekauu buku resepi dah tebal macam bukut teks sekolah. *Mak aku lettew! kihkihkih

kunun manja sangat lettew. haha

Selain dari tu, golongan remaja perempuan juga sibuk men'survey'kan baju raya yang kini hangat di pasaran. Lace, Abaya, Peplum dan sebagainya. Cakap pasal peplum, aku tengok lawa doh baju gitu! Dah macam kembali ke zaman Saloma. Omey je orang yg pakai peplum. Teringin gak kadang tu tapi aku pakai kang nampak macam cendawan butang sebab aku gemok. kahkahkah

Hamboiihh sakan ko dik!! hahaha

Golongan ayah-ayah pula seperti biasa, selepas raya tahun lepas mereka dah berfikir pasal budget untuk raya tahun depan. "Bang, nak langsir baru". "Bang nak teko salut emas". "Ayah, nak baju peplum 2 kontena". hahahha macam melampau kan? Tapi itu lah perumpamaannya. Fikir-fikirkan. Ayah/suami bekerja berhempas pulas cari duit untuk sara keluarga. Ukur baju di badan sendiri. Kalau mampu go on..

Renungkan anak-anak =')




Haaaaa ni part paling syiok. Masuk bab kanak-kanak.

Budak-budak lelaki ni kalau bulan puasa memang rajin ikot ayah pegi surau ataupun masjid. Tapi cukup satu rakaat, secara berjemaah diorang keluor pegi main galah panjang. Tak cukup dengan tu, lepas setel satu game masuk balik surau dok sambung "amin" lepas surah al-Fatehah. Yang tak boleh blah diorang punye "Aaaaaaaaaaminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn" cukup panjang sampai tok imam nak sambung surah lagi satu baru stop. hahahaha *tak ketinggalan adik aku

sekurang-kurangnya mereka dididik dr kecil untuk solat berjemaah

Aku kompem korang mesti ade pengalaman puasa masing-masing masa kecik. Macam aku dulu (pengakuan ekslusif), aku pernah teguk air dalam bilik air. hahahaha gileeee kalau mak aku tau mesti die sebat dengan batang paip.
*sorry mak. kalau baca blog kite, mak senyum je la tau. jangan marah. hehehe

Adik aku yg kecik tu pulak buat-buat sakit perot. Pastu nanges guling-guling nak bukak puasa. Disebabkan anak manja, puan emak dan encik ayah mengizinkan. Sekarang ni dah darjah 4 kalau buat gitu lagi mau mak aku lesing je ngan siku. Padan muka ko. kihkihkih *kakak yg kejam tapi pemalu.

For those yg lebih teror tahap keluang man, malam terawih pertama diorang dah main mercun dengan bunga api. Kecoh satu kampung dok lari-lari buat aksi paling menarik konon boleh dapat trofi dan sijil. kahkakah aduyaiiiii la budak-budak ni.

akak tabik spring kat ko dik. dah macam pahlawan.

That's all for today. Selamat berpuasa kawan-kawan!






















Sunday 7 July 2013

And... when He called me "adik"

Assalamualaikum...

Isnin?? Arghhhhhhhhhhhhh! Rasa nak jerit kuat-kuat dari atas bukit bagi semua orang tau aku tak suka Isnin!  muahahaha.

Mengantuk. Sangat. Hujan. Aircond. = Nafsu untuk tido membuak-buak.

Intro aku macam biasa la. Memang takkan ada kena mengena dengan tajuk entry. Harap faham.

OK macam ni ek. Jumaat lepas, kat stadium mini shah alam aku pegi tengok game MASC (Malaysian Artist Sport Club) vs KPDNKKKKK tah aku pun tak tau apa maksudnya. Yang aku tau KPDNKK tu kompem betoi dah.

For those peminat Jep Sepahtu, when we talk about MASC game.. Korang mesti tangkap siapa players dia kan? Fahrin Ahmad kompem ada. Fiq Mentor and ramai lagi. And... Malam tu jugak Jep Sepahtu turun!
Yeehaaaaaaa!

First game


Plan nak pegi tido rumah member malam tu, tapi bila kak long mesej "Jep ada game malam ni kt stadium mini shah alam", aku dengan kadar kelajuan Nissan Fairlady terus pecut bersiap. Tapi biasa la perempuan, kalau dah dia kata dia bergegas siap..... Haruslah  2 jam kemudian baru settle!

Sampai sana dah pukul 9 lebih. Tunggu kak long, kak ida and teha dulu, baru aku masuk.

Masuk je dalam stadium, bukan tengok Jep main bola. Tapi dok main Candy Crush and berbincang "How to make taik Pou jadi banyak" hahahahahahaha hamek kauu! Kemain lagi.
Sorang-sorang jadi pembidas berjaya.

Ehem. Kadang tu ada jugak jeling sikit-sikit. Kahkahkah *begurauuuuu

Tamat je game tu, dah pukul 10.40. Memasing keluar secepat mungkin. Alih kereta betul-betul depan, belakang, kiri dan kanan kereta Jep. Baekkk punyeeeeee! hahahahaha konon tak nak bagi Jep diserbu orang lain. Macam tamak kan? Tapi takpe lah. krikk krikk~~

Bila orang lain dah settle ambik gambar ngn dia, kami punya turn pulak.
muehehehe!

Aku biar kakak-kakak dulu, then last sekali baru aku. hikhik.

Yang buat happy tak terkata tu........ Bila turn aku :-

Jep           :  "sape lg nak bergambar? adik.... meh."
Kak Long :  "olynn la Jep.. hari tu kan Jep panggil die olynn"
Jep           :  "lynn.... haa meh sini."

OK. Time tu aku rasa nak lompat sampai ke bintang!! hahahahahahaha! *perasan adik Jep 2 minit

Second game

















Wednesday 3 July 2013

Best Malay Cover Song

Assalamualaikum...

Haaaa tengok tajuk? Bajet aku ni dulu pengkritik tetap Malaysian Idol la konon. Puihh.
hahahaha!

So, hari ni aku nak update lagu-lagu cover yang aku rasa best la untuk pendengaran umum telinga aku. Tapi pada korang aku tak tau la pulak kan. Kalau rasa tak best, tutup ja teruih.

Selongkar punya selongkar youtube tu, aku jumpa lagu-lagu cover dari dua orang mamat kembar ni. Agak rare sebab jarang wujud kembar yang ada suara sedap macam depa nih. Tak pecaya cuba korang dengar.

Sat na......

Tadaaaaaaaa!


                                                         HANYA PADAMU - QIARA


2nd song.


                                                                PENDAM - SYAHIR
 

3rd. Mash-up! Maap pakaian kurang sopan. Tutup mata.


                                                        OST OMBAK RINDU vs L.B.S


4th song. Aku suka yang ni! Yeehaaaaa!

                                                             
                                                  HARAPAN - OST SEINDAH SAKURA


Amacam?? Best tak? Kalau tak best, takpa.. Sebab aku paham. Tak semua ada taste lagu yg sama. So, last but not least aku nak selit jugak la cover song favourate aku yang tidak ada siapa boleh tandingi.

Jap eh..... hakhakhakhakhak *bagi aku gelak dulu

OK!


                          Maaf semua penyanyi di luar sana. Jep is my favourate singer! hikhik