Tuesday 23 April 2013

Interpretasi Lagu kepada Lukisan

Assalamualaikum.

Yehaaaaaaaaaa! Lama dah aih ceq tak taip entry baru. Rindu tak? Rindu tak?
Bhahahahak!
Bajet famous manjang aku ni.

Baca aku puya tajuk, did you get what am I gonna talking about?

Macam yg kita tau sekarang ni.. Penciptaan lagu tersangat lah kreatif and lagu semua best-best. Aku ni jenis suka layan lagu melayu. Omputih tak sangat. Hahaha.

Entry kali ni aku saja suka-suka nak alih dari lirik jd lukisan. Takda kena mengena dgn pencipta lagu, komposer atau pun penyanyi. Mari kita tengok bersama-sama yuk!



First song.

Lepaskan by WANA.


* Makan minumku dah terjaga.




*Asyik memikirkan tentang kamu...


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Second song.

Grenade by BRUNO MARS.


*I'd catch a grenade for you..




*I throw my hand on a blade for you..




*I'd jump in front of a train for you......


------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Third song.

Berdua Bersatu by FORTEEN


*Jika denganmu salah, Ku tak mahu yang benar...





*Walau dilanda badai Ku sanggup kerna ku mampu... Kita berdua bersatu...






*Jika denganmu kabur, Ku tak mahu yang jelas.......


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So... Amacam? Tetiba rasa nak buat komik pulak lepas ni.
hahahahaha.

Tu je la aku nak taip petang ni. Tension kerja banyak sangat sampai jerawat bertimbun.

Orang lain bengkak jerawat kat pipi, kat dahi.. Aku bengkak kat dagu. Memang dah macam flower horn cacat aku tengok. Bhahahak!

Tadaaaaaaaa!

dagu senget sebelah!!

Kbye.





Tuesday 16 April 2013

Dia Kawan, Dia Lawan, Dia Sahabat, Dia Musuh & Dia Sayang Saya

Assalamualaikum.

It's all about friendship. Aip aip! Tak payah la sediakan tisu bagai. Sedih sikit je entry kali ni. Tsk Tskk... Aku yg nanges dulu. Hahaha -..-'

My sayang sayang!! 
Yang dua orang dah ada anak. Dua orang lagi on the way nak kawen. OK dusta semata. Haha.

Ecah, Mai, Ira, Pyah, we start our friendship since 2009 masa mula-mula masuk kolej dulu. Kami 1 course, kami 1 kelas. OK since aku dgn Ecah dapat bilik dekat, kami dah mula berkawan 2-3 hari sebelum start class.

But there's funny moment bila aku first time nk berkawan dgn Ecah. Time tu aku takda roomate lagi. Takut bagai nak rak baq hang! Errr bila malam mesti rasa mcm ada hantu dok kt belakang. So, aku beranikan diri ketuk pintu bilik dia.
       
         Aku   : ''Assalamualaikum awak. Sy nak kawan dgn awak boleh? Nak tido sekali''
         Ecah  : *muka terkejut ''Wassalam. Boleh2. Masuk la.''

Mana dia tak terkejut, aku datang dgn rambut mengerbang tak sikat. Silap2 hantu pon takot tengok aku -..-'
Sejak malam tu kami jd kawan baik shaaaangat. Pergi kelas sama2, makan sama2.

Then ada satu hari tu, dalam kelas apa tah aku tak ingat. Datang la Mai dgn Ira. Time ni depa berdua kawan baik gak la. takda geng lagi. Hahahaha

         Mai  : ''Hai, nama sy Humaira. Awak?''
         Aku  : ''Hai, sy Fatin.''
         Ira    : ''Sy Ira.''
         Ecah : ''Nama sy Ecah. Awak budak mana ni? Umur berapa?'' *sifat wartawan semula jadi.

See? Macam agak awkward masa mula2 jumpa. Tapi tu just the beginning. Then kami mula berkawan.

2 minggu lepas tu, masuk student second intake. Dan masa ni lah Pya mengambil tempat. Ecehhh! Pya ni merangkap kawan baik Mai masa kt sekolah dulu. Tapi aku, Ecah dgn Ira macam agak segan sikit la dgn Pya ni sebab tak biasa lagi.

THEM  =')



Tapi dalam hubungan persahabatan, tipu la kalau takda hari yg bermasam muka. Kami pernah jugak berselisih faham kadang tu pasal assignment, and kadang tu ada jugak yg sebab putus cinta, baru nak bercinta pun ada. Hahahaha!

Kami makan sama, study sama, outing sama, tidur sama and ada jugak yg mandi sama! Tetttt!

Ada 1 hari tu kami terdelete one of the assignment yg nak kena hantar pada hari yg sama, punya kelam kabut dgn midterm lagi. We decide to copy paste je apa yg ada. Bila dah siap masing-masing berlari lintang pukang sampai redah titi sambil melompat-lompat! Errr -..-'

ECAH

IRA


MAI

PYA


YES. I admit it yg time study la kita dapat kumpul macam2 pengalaman dalam persahabatan. Kita takkan kenal seseorang tu sampai la kita duduk serumah dengan dia. Syukur ya Allah, kau telah kurniakan aku sahabat seperti mereka.

Awal persahabatan semua orang memang agak janggal sebab still dalam proses nak kenal diri masing-masing. Tapi bila dah lama, kami jadi macam adik-beradik sampai waktu last semester:

     Lecturer :''Kamu orang ni saya tengok dari semester 1 sampai semester 6, kalau group assignment mesti    
                     berlima. Tak pernah tukar group.''
     Kami     : ''Hehehehehe! Biase broooo la... Kami best prend poreber!

Sekarang, 2013. Kami dah bawa hala tuju masing-masing. Tapi 1 aku nak pesan, aku sayang korang sampai bila-bila. Hehe!



























































Sunday 14 April 2013

pelajar, pekerja & si Monday Blues

Assalamualaikum.

Baca tajuk pun for sure korang dah boleh teka pasal apa. Errrr! -..-'
Serious rasa nk jerit kuat-kuat sampai anak tekak mintak ampun suruh stop.

Sila ambil perhatian bahawasanya aku sedang menaip sambil tidur lena.. Aku mintak maaf hari ni aku takkan bg apa-apa tips nak menghindari Monday Blues sebab aku memang tengah MONDAY BLUES tahap ultraman gaban.

Seperti yg kita tahu... Dari segi saintifiknya, MONDAY BLUES adalah sejenis penyakit Kerdiofalsafah Malasdanngantuk. Hamek~~
Atau dalam erti kata singkatnya, MALAS !!

camni la aku rasa baq hang..
Walaupun aku tidoq awai Ahad malam tu, tapi pagi isnin mesti rasa malaih nak mampuih p keja. Awat tah. Rasa ada jembalang lekat tang mata suruh tidoq. How I wish company ni aku yg punyaaaaaaa..
Muahahahahaha!

And for students, I do think korang pun akan alami perkara yg sama sebab aku pun student jugak dulu. Haha. Nak2 kalau yg jenis suka buat assignment last minit. Ahad malam tu mula la gelabah tak tentu hala sebab Isnin dah kena hantaq kat lecturer.

Antara padah MONDAY BLUES, Secara tak sengaja datang la idea nak teringin memonteng kelas sambil mesej kawan '' Temah, dalam kuliah esok hang tolong sign kan buleh dak? aku ada hal kena pegi pejabat pos ''. Kerana kawan, si Temah akur -..-'
kerana diriku begitu berharga -..-'
I think gambar kucing kat atas tu dah cukup menggambarkan ke''MONDAY BLUES''an aku masa study kat kolej dulu.

Dan hari ini........... Jeng jeng jeng!!

Penyakit MONDAY BLUES aku datang secara tiba-tiba dan mungkin berterusan di hari Isnin akan datang dan datang dan datang.... -..-'

Sekian.
























Friday 5 April 2013

Lagenda susu segar, lawan pemadam & lori koko krunch

Assalamualaikum.

AMARAN! entry kali ni lebih panjang dr biasa.

Malam ni mood aku nak mengimbas kembali kenangan zaman sekolah rendah dulu.
Aku yakin sape2 yg lahir dalam tahun 90-an mesti pernah bertembung dengan perkara rare macam ni kan kan kan? Ce kome ngaku... Jangan ler malu2 temah oii. Haha =D

Sembang pasal susu segar, korang memang tak rock ahh kalau tak beli susu dalam botol harga sengget satu botol tu. Sometimes every month mesti cekgu2 akan edarkan borang tu.

Cekgu Temah : ''murid-murid, cikgu akan bagi borang susu segar. kamu semua bawak balik, tunjuk mak ayah dan isi borang tu ye.''

Murid2 Cute   : ''baik cikgu.......'' *angguk kepala reramai

Itu antara dialog yg semua cikgu akan guna kalau nak bagi borang tu pd murid2 dia la kan..


borang lebih kurang camni la. aku pun tak ingat sangat.


Bila tiba hari rayaaaa.....
Eh! tak tak. Salah masuk pulak. When the days come,... Cekgu for sure cakap ''baiklah murid2, cekgu akan panggil ikot kelas. Semua beratur dan bawak borang masing-masing.''

ehsan Mr.Google.

And time tu jugak ada la yg mula menangis sebab borang tinggal kat rumah. Tak lupa juga yg tiba2 buat muka cuak tak tentu hala sebab duit tak cukup dah ter''belanja''kan waktu rehat tadi. Kahakakah!

*adoii.. geleng kepala bila ingat masa sekolah dulu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Now masuk pulak lagenda pahlawan lawan pemadam. Der, bukan life la namanye kalau mase sekolah tak lawan pemadam dgn member2. Muahahahahahahak.

Nak dijadikan cerita, time rehat wajib pergi koperasi beli pemadam yg harga seposen satu and ada gambar ultraman taro, power rangers, batman juga yg seangkatan dengannya.

Motif?? Nak lawan pemadam sape yg paling teror. Tah mazhab dr mana member aku memasing percaya kekuatan pemadam tu datang dr pahlawan yg mereka pilih -..-


Lagenda Budak Pemadam

Aku kalau lawan dgn member2 lelaki memang kompem aku no.1 dr belakang, means KALAH. kikiki.

Member pempuan aku pulak kebanyakannya kaki kumpul pemadam yg ada bau buah-buahan harum semerbak wa cakap lu! Aku pun tertarik jugak la dgn menatang tu. Letak dlm kotak pensil syiok ouh. Wangi manjang pensil aku. Hahahaha =D


~contoh~

Biasanya bau pemadam ni ikot bentuk dia. Kalau oren bau strobery. Kalau Anggur bau mengkudu.
Eh tak tak. Bergurau. hikhok -..-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahaaaa! Lagenda ni paling aku suka. Sebab aku kuat makan.

Aku tak tau ramuan apa yg diorang pakai untuk buat koko krunch yg dibawa oleh lori tu sedap tahap tak hengat dunia. Padahal sama je kot dgn koko krunch yg jual kat kedai Pak Maun tu .
*ayat agak bersepah. abaikan.

Tapi, bila telan koko krunch dr lori tu... Gulp! Rasa seperti di awang-awangan. Lori ni selalunye datang waktu rehat pukul 10 pagi. 

siap ampai tangan. hahaha

Aku dulu dgn member2 aku agak jahat nakal sikit jugak la. Haha. Tp aku rasa ramai buat apa yg aku buat ni. Mengulang ambik koko krunch ikot suka.

But for those yg tak menipu ambik sampai 2-3 kali kat abang tu, aku salute! Ngahahahahah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------



So... Tamatlah sesi membebel aku hari ni. Pada aku the best experience dlm hidup ni, masa sekolah rendah. Banyak benda kita boleh explore. And pengalaman tu jugak la yg kita bawak sampai ke hari ni.

Last but not least, as usual. Do follow this blog for those yg minat tahap dewa kt Jep Sepahtu.



















Sejarah pepatung & kunang-kunang

Assalamualaikum.

Minggu ni aku asyik taip entry pasal sejarah, kronologi, lagenda dan sebagainya. Minggu klasik.
Mesti korang muak aku dok update blog. hahaha.

Anak-anak sekalian, sila rujuk tajuk di atas untuk entry kali ni.

Sape rasa yg zaman sekarang ni kita dah jarang nampak pepatung dgn kunang-kunang? Angkat ibu jari kaki!
kehkehkeh.
Terus terang aku cakap, aku memang dah lama tak nampak 2 spesis ni. Tak tau la pulak kalau kt tempat korang banyak haiwan ni. Terkadang tu agak rindu dgn mereka.

Aku teringat masa kecik dulu balik dr mengaji kt rumah nenek, aku selalu ajak kawan aku pergi tangkap pepatung kt depan rumah. Agak banyak hasil tangkapan kami.

dragonfly pojaan hati
Tetapi bila mak aku keluar rumah, semua cabut lari sebab bunga-bunga cinta peliharaan mak habis musnah akibat kenakalan kami. Aku tangkap pepatung bkn pakai tangguk. Aku tangkap pakai tangan. Mana tak hancurs leburs bunga-bunga mak. hikhik. Sorry mak.

Dunia dah maju, zaman dah berubah. Pepatung semakin pupus bersama kenangan lalu.. Ecehh!
Bermadah pujangga beta di hari ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari pepatung, we move to kunang-kunang punya cerita.
Aku kt kampong panggil menatang ni kelip-kelip. Sebab dia ada cahaya lampu comel yg berkelip-kelip.

kunang-kunang
Kat rumah tok aku menatang ni selalu menempek kt syiling and dinding. Tapi tu semua dulu masa aku kecik2. Kalau menatang ni jatoh, aku la orang pertama yg melompat. Bukan melompat takut, tapi melompat eksaited sebab boleh tangkap dia!
Alangkah gumbira hati..... berjumpa pertama kali.... lalalala~

kelip-kelip
Semakin hari aku semakin ralit dok tangkap menatang tu. Melihatkan ke''aktif''an aku, opah risau.

Lalu opah mengeluarkan 1 fakta masa aku nak tido malam tu. Opah cakap:-
''kelip-kelip tu ulat kuku hantu cina''. Aku apa lagi, percaya bulat2. Terkejut beruk doh!

Selepas peristiwa itu, aku pegang fakta tu sampai aku besar sehingga opah membocorkan rahsia bahawa itu semua tipu belaka. Jeng jeng jeng! Aku tau korang tak terkejut pon. hahaha.

Cerita atok pulak, masa zaman perang dulu atok tangkap kunang-kunang kemudian letak dalam botol untuk dijadikan lampu. So so so kreatif! Tapi sekarang ni kunang-kunang dah takda.

COOL enough rite?

Gila lah kau fatin, taip entry time kerja. Muahahaha! Shhhh. So, ni je la yg aku dapat share hari ni.

Do visit this blog yeaa! http://hanyadiajepsepahtu.blogspot.com/














Wednesday 3 April 2013

Cita-Cita, Kerjaya dan Minat

Assalamualaikum.

Air pasang pagi surut pukul 5,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
Pak mamat ada kebun eee ya ii yaa oo,
Twinkle-twinkle little star,

eh? dah kenapa mcm salah lirik je. Fatin, tolong la berjanji pd diri entry kali ni last kau merepek? Hahahaha memang tak lah. Aku sendiri tanya, aku gak yg jawab sendiri -..-

OK. now straight to the tajuk.

~ Cita-Cita ~
Ehem. Cita-cita hokey! Bukan cinta-cinta. Hikhok.
Just like normal kids, aku dulu masa tadika cita-cita nak jadi doktor.

Cekgu Temah: Fatin sayang, awak dah besar nanti nak jadi apa?
Fatin Cute      : Saya nak jadi doktor cekgu! *penuh semangat di dada.

Cekgu Temah meneruskan pertanyaan kepada pelajar yg lain. Sampai satu tahap Cekgu Temah letih mendengar kerana 20 orang murid yg ditanya selepas itu semuanya ingin menjadi doktor. Hahaha.
*statement Cekgu Temah letih adalah auta. Sekian.

Bila aku masuk sekolah rendah, my ambition still same. Wanna be a doctor. Tetapi bila mana masuk sekolah menengah, dah matang sikit. Aku try kenal diri aku sendiri. Then aku tau yg aku sangat minat untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris.

Tetapi berbekalkan keputusan SPM yg tak berapa nak menyenangkan, aku tak dapat masuk mana2 institut perguruan. Aku masuk kolej biasa and continue study in Diploma Human Resource Management.
Sedih nok! T__T

~ Kerjaya ~
Lepas je habis study, aku rambang mata nak pilih kerja apa. Al maklum la aku takda pengalaman kerja. Mintak kt company cina memang kena tendang je la. Nasib aku penyabar shaaangat -..-'

Last2 mama aku cakap ''kak yong kerja dgn kawan mama nak? Buat biskut raya."
Wohooo! Sound great! First thing yg aku fikir, boleh makan! Muahaha.

Esoknya aku start kerja. Seriously memang best kerja tu. Kena dgn jiwa aku. Bau biskut menusuk kalbu dan membuatkan every minutes aku lapar!

Tapi tak sampai 2 bulan, paksu aku call suruh join company dia. Was-was jugak nk pergi sebab aku tak pernah kerja office. Hahaha.

Until now, I learn a little bit about bussiness and alhamdulillah dah 10 bulan aku kerja dgn paksu. Banyak experience dlm kerjaya yg aku dapat.

~ Minat ~
Kenapa aku cerita pasal minat last sekali? Sebab.... jeng jeng jeng!

Dalam banyak2 mende yg aku pernah buat kt atas tadi, satu pun aku tak minat! Kahkahkahkahikhok!

Aku sebenarnya minat pd perkara yg lebih kepada seni. Sebagai contoh penulisan and craft. Aku suka menulis(menaip) cerpen and kadang tu sampai tahap rasa nak buat novel. Kira aku ni orangnya kuat berangan berimaginasi lah sedap sikit dengor.

Besides that... Ecehhh! Hikhik
Aku suka pd bunga! Tak kira bunga plastik atau bunga segar, mesti aku rasa nak gubah jd cantik tahap cinderela. Nanti aku tunjuk hasil seni aku yg tak berapa nak seni sangat ye!
Kehkehkeh =D

Aku harap suatu hari nanti berbekalkan pengalaman yg aku kumpul sekarang ni, aku dapat combine antara cita-cita, kerjaya dan minat aku untuk bukak kedai bunga dan gubahan sendiri. Amin.

And for those yg baca entry ni, masih jauh lagi perjalanan hidup kita. Aku tau mesti ada yg mengalami kronologi hidup macam aku. Cita-cita, kerjaya dan minat yg berlainan. Tp cuba hangpa ambik tang mana yg positif noh!
Loghat utagha pulak dah -..-

Last but not least aku bg tau nk tunjuk hasil seni aku td kan... So semua tutup mata dulu! Hahahak


Handmade bunga telur



Someone's gift. Tp macam hantaran pun ada. Haha!





So, macam biasa untuk semua sekutu2 yg minat Jep Sepah tahap nak pengsan 2 minit, do visit this blog http://hanyadiajepsepahtu.blogspot.com/





























Tuesday 2 April 2013

Tukar Lagi dan Lagi

Assalamulaikum.

Semoga kalian semua sihat sejahtera hendaknya. Ecehh~~
Aku just nak bg tahu yg aku dah beberapa kali tukar nama dan address blog aku.

So dengan ini, 3 APRIL 2013 jam 9.42 pagi waktu Malaysia.. Aku mengisyhtiharkan bahawa ini adalah nama dan address blog aku yg muktamad.

Sekian terima kasih.

hikhik ^__^

Si Gadis dan Blog Berwarna Pink.

Assalamualaikum Hye Hellow.

Jep, I love you. That's all. Hahaha. Nak gelak 2 minit. Taksub pd Jep masih lg tertanam dalam diri ini.
Fatin ooo Fatin. Intro kau selalu lari dr tajuk -..-'

Why always pink?? By the way, KEEP CALM AND ALWAYS KEEP IN PINK. haha
Rasa macam tak kena la ayat tu. Tak supportive langsung.

Ya. Aku tau aku tersangat lah baru dalam dunia blog ni. See my header and cursor? Ada gerak geri gasing mcm korang punya blog tak? Totally takda lah kan.. Sebab aku malas nak belajar. Eh tak tak. Aku tak tau buat sebenarnya. Hihik!

Apa yg aku nak membebel kali ni? Belah lah dada, X-ray lah hati. Ok tipu.

Aku suka baca blog dr dulu lagi.. Dr zaman aku dalam kandungan mama aku lg. Yang ni lg tipu. Sekian.

Hmm.. Tp dulu aku takda blog, aku tak tau apa function ''join this site'' , ''follow'' , ''subscribe'' and so on. But now aku dah tau sikit2 sejak ada blog ni. Satu persatu blog aku bukak dan aku baca. Lepas tu aku follow diorang.

Aku kira-kira dah banyak ratus lemon jugak la blog yg aku baca and boleh dikatakan 90 percent blog perempuan. And and and, hampir kesemuanya ber'BACKGROUND'kan kaler PINK!
Yehaaaaa!! Perempuan dan pink memang tidak boleh dipisahkan. TOTALLY!

Mungkin pink ni sebati dgn jiwa perempuan dan melambangkan:-
  *Kelembutan
  *Kesopanan
  *Kesusilaan
  *Tarikan
  *Kejiwa remajaan.
and last but not least, aku punya alasan sebab dah takda lg kaler menarik yg boleh dipilih. Hahahaha =D
nak pilih hijau takot dikatakan pembangkang  . Biru pulak, jeng jeng jeng. Ahaaa! Ops bukan bukan. Fatin, no politics okey!

Back to the topic, aku tengok blog yg theme dia PINK memang sangat cute tak terhingga! Termasuk blog aku. Hehe. Serious aku rasa tertarik kalau nampak blog yg warna PINK and automatically makes me feel nak baca dan kunyah-kunyah blog itu seperti gula-gula kapas!

Lagi 1 aku nak tambah. Setiap blog yg aku dah baca, mesti ada kartun or something yg cute bergerak-gerak sambil menari membuat pusingan. How korang buat mende tu ek? Ada yg kata ''edit html'' but when I try to edit, nothings happen! Seriously sad tahap gaban! T__T

Untuk penutup, ni kata-kata penaik semangat tak pakai baking powder.
"JENAYAH ADA DI MANA-MANA''

But wait wait. Ada lagi hokey! Hahaha. For those yg sekutu dgn aku, peminat tegar Jep tahap ultraman taro.. Korang boleh baca blog sis Azura! Terubat rindu di hati korang nanti. Hehe! Nahhhh!
http://hanyadiajepsepahtu.blogspot.com/