Sunday 14 April 2013

pelajar, pekerja & si Monday Blues

Assalamualaikum.

Baca tajuk pun for sure korang dah boleh teka pasal apa. Errrr! -..-'
Serious rasa nk jerit kuat-kuat sampai anak tekak mintak ampun suruh stop.

Sila ambil perhatian bahawasanya aku sedang menaip sambil tidur lena.. Aku mintak maaf hari ni aku takkan bg apa-apa tips nak menghindari Monday Blues sebab aku memang tengah MONDAY BLUES tahap ultraman gaban.

Seperti yg kita tahu... Dari segi saintifiknya, MONDAY BLUES adalah sejenis penyakit Kerdiofalsafah Malasdanngantuk. Hamek~~
Atau dalam erti kata singkatnya, MALAS !!

camni la aku rasa baq hang..
Walaupun aku tidoq awai Ahad malam tu, tapi pagi isnin mesti rasa malaih nak mampuih p keja. Awat tah. Rasa ada jembalang lekat tang mata suruh tidoq. How I wish company ni aku yg punyaaaaaaa..
Muahahahahaha!

And for students, I do think korang pun akan alami perkara yg sama sebab aku pun student jugak dulu. Haha. Nak2 kalau yg jenis suka buat assignment last minit. Ahad malam tu mula la gelabah tak tentu hala sebab Isnin dah kena hantaq kat lecturer.

Antara padah MONDAY BLUES, Secara tak sengaja datang la idea nak teringin memonteng kelas sambil mesej kawan '' Temah, dalam kuliah esok hang tolong sign kan buleh dak? aku ada hal kena pegi pejabat pos ''. Kerana kawan, si Temah akur -..-'
kerana diriku begitu berharga -..-'
I think gambar kucing kat atas tu dah cukup menggambarkan ke''MONDAY BLUES''an aku masa study kat kolej dulu.

Dan hari ini........... Jeng jeng jeng!!

Penyakit MONDAY BLUES aku datang secara tiba-tiba dan mungkin berterusan di hari Isnin akan datang dan datang dan datang.... -..-'

Sekian.
























No comments:

Post a Comment