Wednesday 28 May 2014

Perempuan vs Lelaki

Assalamualaikum!

Wehooooo Hye! Long time no see bebeh!

Pasal entry hari ni, I wanna talk about girls and boys. Kenapa aku cakap camni? Look at this situation..

1) Rumah Sewa / Perempuan
    Joyah: Haaa kita ambik yang ni okey tak? Aku rasa better dah ni. Tapi.. Takda penyidai baju pulak.
    Jenab: Aku nk rumah lain. Tak selesa la. Tilam tak best. Katil tak cukup.
    Munah: Camane dengan rumah semalam? Kita boleh jimat. Murah.
    Joyah & Jenab: What??? $%^&! Takda tilam. Tak nak tidur atas comforter!
    Munah: Bla bla bla..
    Joyah: Bla bla bla bla bla & bla bla..
    Jenab: Bla la bla bla bla bla bla bla bla bla bla!
    (tahun depan baru setel)

2) Rumah Sewa / Lelaki
    Man: Bro, yang ni okey la. Takda katil pun takpe. Boleh bentang tilam. Lagi pun murah.
    Abu: Ok. Aku no hal. Kita confirm!
    (2 minit setel)

So how? It's true right? Bukan nak kondem girls generation. Haha. Tapi memang biasa berlaku. Perempuan kan. mesti demand sikit. Heee okey next!

3) Kereta / Perempuan
    *Bila nak keluar dengan pakwe / kawan
    Pakwe: Sayang oii... Kemas la sikit kereta ni. Kasut penuh dalam kereta.
    Makwe: Ok ok. Balik jap lagi orang kemas ea. Hikss!
    Pakwe: Bukan 2 minggu lepas kata nak kemas ke? Ni ada botol. Kad parking.. Bla bla bla blahhh!
    Makwe: Yelah.........
    (3 minggu kemudian, baru sepasang kasut yg disusun)

4) Kereta / Lelaki
    Makwe: Omak aihhhhhh.. Komehnyo kereto sayang! *keluar tisu nak lap mulut
    Pakwe: Sayang. No tisu! Unless terdesak okey! Nanti bersepah!
    Makwe: Tu pun tak boleh. Merajuk laa...
    Pakwe: *dalam hati gua sayang keta lagi dohhh

Next! Most wanted topic! Shopping time!

5) Shopping mall / Uptown
     Pikah: Weyyyy!!! Yang ni cantik! Murah! Nak yang ni!
     Ira: Eh yela. Tapi yang sana tu lagi murah nok!! Jom!
     Diya: Kakak..! Kat hujung ni lagi murah! Smart!
     Myra: Aku nak yang berjenama sikit.
     (jangan marah Myra. Gurau. Hahahaha)

Soooooo that's was my entry for today! Tak boleh menaip banyak! Sebab online kat opis je. Ni pun dah dua minggu baru boleh publish.

See you next entry guys!

Sunday 26 January 2014

Sedar. Kawal. Marah.



Sedar. Kawal. Marah.

Satu perkataan dengan seribu makna. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab dengan kesedaran lah kau akan tahu apa kesilapan kau. Apa kesalahan kau.

Aku mengaku aku tak lari dari melakukan kesilapan.

Tapi sebelum kau kata orang lain kurang ajar, aku rasa baik kau lihat dan kau cermin diri kau dulu depan cermin yang paling besar gedabak. Kalau kau takda cermin besar, kau cermin kat belakang sharpener 20 sen yang bulat tu pun jadi la. Walaupun nampak lubang hidung kau je. Atau mungkin nampak jerawat je?

Muahahaha.

Apa kes kalau kau tak puas hati, takda salam takda apa kau terus datang serang maki hamun kawan kau? 

Hmm mungkin bekas kawan.

Kau meroyan tak tentu hala tanpa usul periksa lepas tu kau kata orang yang kau maki tu kurang ajar? Kemon lah kawan..

Opss, bekas kawan.

Siapa yang kurang ajar pada siapa? SEDAR . Tolonglah SEDAR.

Hidup ni macam roda. Jangan suatu hari nanti, kawan yang kau maki hamun tu la yang tolong kau bila kau susah. Itu pun kalau kawan kau ada hati lagi..

Pada aku, sebelum nak buat satu kesimpulan kau kena fikir dan SEDAR dulu.

Kawal marah bila kau tak puas hati dengan orang lain. Bincang cara baik.

Bukan kah setan mencintai orang yang cepat marah? Takkan kau nak bercinta dengan setan kot setan? Dah habis jahat dah penulisan aku ni aku rasa. Lantak… Peduli pulak aku.


                                      MARAH ITU API.
                API ITU SYAITAN.

Thursday 23 January 2014

Kembara





Sang kota raya tidak pernah tidur. Malah tidak pernah terlelap.

Ia pentas dunia. Ia  penuh lakonan.



Siapa kita?

Pelakon pembantu terhebat? Pelakon terbaik keseluruhan? Atau hanya pelakon sampingan dan tambahan?

Jawapan ada di tangan kau. Ada di tangan kalian.

Subuh hingga senja kita bekerja. Mencari rezeki buat diri sendiri, buat keluarga, buat ibu dan ayah. Ada yang mencari rezeki tambahan.

Tidak kira halal atau pun haram. Semua terletak di tangan empunya diri.

Aku percaya ada suara-suara yang tidak puas hati dengan kehidupan ini. Abaikan! Abaikan suara-suara jahat durjana yang berbisik di telinga kamu! Kerana hanya Dia yang mampu menilai diri setiap seorang hamba-Nya.

Jangan risau, kedua belah bahu kita ada penulisnya. Ada yang mencatat baik buruk diri kita.

Untuk anak yang merantau, kata ayah lekas pulang. Pesan ibu jangan cepat lalai.  Kembara kita masih jauh.

Bukan mudah untuk menempuh kembara ini. Ada yang akan rebah. Tapi ingatlah masih ada ruang untuk kalian bangun. Hapuskan dosa-dosa yang kau telah lukis, yang telah kau lakar dalam hidup kau.

Sambil berlumba mengejar apa yang dicita, bekalkan perjalanan kau dengan sepotong doa. Tolong!

Monday 20 January 2014

Pendapat




“Dalam kehidupan ini yang terindah, melalui usia remaja… Senda gurau suka duka sering berganti meninggalkan kesan abadi.”

Ianya tersangatlah abadi.

Bukan soal cinta. Bukan soal kasih. Tapi soal persahabatan di usia remaja.

Ya. Orang kata usia remaja adalah zaman memberontak. Macam-macam yang kau akan cuba pertikaikan di usia ini. Sedikit sahaja perkara yang mengganggu kau,  maki hamun dan caci maki yang akan meluncur laju dari bibir kau.

Terasa? Ehh peduli apa aku? 

Ada masa warna kehidupan kau terang macam spotlight dekat funfair. Ada kala ia lebih malap dari warna kelabu taik anjing.

Masa ini lah kau akan rasa apa yang kau buat betul. Pendapat orang lain semua kau tepis sejauh mungkin. Kalau boleh kau nak campak pendapat orang tu dalam kawah gunung berapi, biar tak tinggal sebarang kesan. Biar abu pun takda.

Sounds kasar rite? Hahaha aku mula dah buat bahasa rojak. Lantak pi lahh. Yang penting korang paham.

Aku rasa in case ada situation korang bergaduh dengan kawan, masing-masing kena cool down. Kalau salah sendiri, admit it. Jangan tegakkan benang yang basar derr!

Cuba dengar pendapat pihak lagi satu. Yang pihak lagi satu kalau korang dah habis chill dah nak settle time tu tapi member kau naik suara kat kau pulak, memang patut lah kau bagi sedas pulak.  Bukan nak suruh korang gaduh.. Tapi kalau kita dah habis kautim lembut gila khinzir dia tetap maki kau takkan kau nak diam sedangkan tu bukan salah kau?

Ada masa kita kena pertahankan diri kita.

Sunday 19 January 2014

HIDUP.


Assalamualaikum. 

Hidup. Apa yang kau faham tentang hidup? Aku baru 22 tahun hidup di muka bumi milik Allah.  Ya. Tidak banyak yang aku tahu. Tidak banyak pengalaman ini. Mungkin kekadang ada situasi yang membuatkan kau ingin mencarut sepanjang hari. Ada juga situasi yang mendorong kau untuk bersyukur tak henti-henti.

Sebagai remaja, tipu kalau kau tidak pernah mengalami masalah. Aku salah seorang daripada mangsa masalah. Atau lebih sopan dengan perkataan ujian Allah. Dulu masa belajar di kolej kawan aku pernah pesan, “kalau kau tengah memujuk orang yang ada masalah, jangan guna perkataan SABAR”.

Aku cuba pegang kata-kata dia. Sehinggalah aku berhadapan dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah. Setiap kali aku ingin memberi kata perangsang, perkataan sabar adalah perkataan pertama yang laju melintas dalam pusat pemprosesan otak aku. Puas aku berperang dengan diri sendiri supaya tidak menggunakan perkataan itu untuk memujuk dia. Aku gagal. Kerana perkataan sabar itu aku rasa seperti suatu ubat yang amat berkesan jika digunakan.

Tanggapan aku salah. Perkataan sabar bukan lagi ubat. Kau tahu kenapa? Selepas aku sendiri yang mempunyai masalah, perkataan sabar itu sudah menjadi sampah. Tak layak digunakan.

Penulisan aku seperti orang tak beriman? Lantak kau. Aku tak peduli.

Cuba letakkan diri kau di dalam seseorang yang mempunyai masalah besar. Kau tahu masalah apa paling besar dalam dunia? Masalah duit. Itu adalah jawapan yang padu untuk segala masalah.

Kau merantau. Kau hidup sendiri. Keluarga kau di kampung. Keluarga kau bukan orang senang. Pada siapa lagi kau mengadu selain Allah? Ibu Ayah kau adalah tempat kau luah segala masalah. Pernah kau rasa bila suatu hari kau ada masalah yang cuba disembunyikan dari ibu, tetapi bila ibu menghubungi kau dan bertanya “kakak sihat? Kakak ada masalah ke? Kalau ada, bagi tahu la ibu.” Pernah masa soalan itu diajukan, air mata kau meleleh? Bukan 10/km sejam. Tetapi 330/km sejam!

Dan waktu itu juga otak kau akan kata “ya, cerita pada ibu kau. Kalau tak siapa lagi nak tolong??” dan hati akan berbisik “jangan kakak, ibu ayah bukan orang senang. Nanti diorang susah hati.” Saat ini kau akan meronta. Hidup atau mati di bumi perantauan. Tiada cara lain.

Terkadang kau akan terfikir “aku rasa nak jual apa yang aku ada!”, “kalau jual badan tak haram, dah lama aku cari pembeli!”.

Aku tahu penulisan aku agak kasar. Maaf. Tetapi ini adalah hakikat dunia. Saat itu kau tiada pilihan lain.

Lumrah ibu ingin membantu anaknya dalam kesusahan. Lumrah anak perlukan bantuan kedua orang tuanya. Hakikat terpaksa diceritakan. Si ibu dan ayah mula berfikir bagaimana ingin membantu. Sang anak pula mula meletakkan diri dalam dilemma.

Mereka akan membuat keputusan untuk membantu. Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anaknya susah di perantauan seorang diri. Sanggup bergolok gadai demi sang anak walaupun anak sudah berpendapatan sendiri.

Jika kau di tempat sang anak. Kau akan rasa hina! Kau akan rasa kau anak tak guna!

Sepatutnya di waktu senggang seperti ini, sang anak yang meghulur rezeki buat si ibu dan ayah. Bukan mereka yang menyuap sang anak duit!

Pernah terlintas di benak jiwa pabila bersembang dengan mereka “ibu, kakak nak buat kerja lebih masa boleh? Nak cari duit lebih..”

Ibu akan membalas dengan nada kurang senang “kenapa nak buat macam tu, kalau kakak ada masalah duit bagi tahu ibu. Kami cuba tolong kakak. Ibu tak nak anak ibu nanti jadi macam orang lain, sebab duit buat kerja lebih masa yang bukan-bukan.”

Ya Allah…. Risaunya mereka pada sang anak ini! Dada di sentap berkali-kali. Apa yang kau dah buat wahai anak??

Mungkin ada yang mempersoalkan.. Ahh ini anak manja! Tak tahu berdikari. Ada masalah tak besar mana, cerita pada mereka. Masakan tidak ibu dan ayah susah hati? Hey manusia! Kau apa tahu? Mungkin kau orang senang, gaji besar? Mungkin keluarga kau keluarga berada siapa sangka?

Bagi orang yang baru ingin mengenal hidup di perantauan, yang baru menapak dalam sesuatu kerjaya, teramatlah berat bagi mereka jika ada sedikit masalah perihal duit.

Allah.. Kau peliharalah kehidupan aku dan keluarga dunia akhirat. Kau murahkan lah rezeki kami.

Amin.

Ini permulaan aku dalam penulisan. Nak panggil cerpen ke, ape ke aku pun tak tau.

#InsyaAllah, penulisan disambung jika ada permintaan :)