Thursday 23 January 2014

Kembara





Sang kota raya tidak pernah tidur. Malah tidak pernah terlelap.

Ia pentas dunia. Ia  penuh lakonan.



Siapa kita?

Pelakon pembantu terhebat? Pelakon terbaik keseluruhan? Atau hanya pelakon sampingan dan tambahan?

Jawapan ada di tangan kau. Ada di tangan kalian.

Subuh hingga senja kita bekerja. Mencari rezeki buat diri sendiri, buat keluarga, buat ibu dan ayah. Ada yang mencari rezeki tambahan.

Tidak kira halal atau pun haram. Semua terletak di tangan empunya diri.

Aku percaya ada suara-suara yang tidak puas hati dengan kehidupan ini. Abaikan! Abaikan suara-suara jahat durjana yang berbisik di telinga kamu! Kerana hanya Dia yang mampu menilai diri setiap seorang hamba-Nya.

Jangan risau, kedua belah bahu kita ada penulisnya. Ada yang mencatat baik buruk diri kita.

Untuk anak yang merantau, kata ayah lekas pulang. Pesan ibu jangan cepat lalai.  Kembara kita masih jauh.

Bukan mudah untuk menempuh kembara ini. Ada yang akan rebah. Tapi ingatlah masih ada ruang untuk kalian bangun. Hapuskan dosa-dosa yang kau telah lukis, yang telah kau lakar dalam hidup kau.

Sambil berlumba mengejar apa yang dicita, bekalkan perjalanan kau dengan sepotong doa. Tolong!

No comments:

Post a Comment