Monday 15 July 2013

Ramadhan & Kanak kanak

Assalamualaikum Ramadhan.

Alhamdulillah jumpa lagi kita tahun ni kan? hehe.

By the way, when we talk about ramadhan of course perkara pertama yg terlintas harussss lah terawih, amal jariah, amal ibadat dan sebagainya di bulan mulia.

Selain dari tu, ramadhan ni jugak bulan yg membuka pintu rezeki kepada peniaga-peniaga kecil terutama yg berniaga di bazar ramadhan. Tapi jangan sebab sibuk cari duit, sampai tinggalkan solat ye abang-abang, kakak-kakak, pakcik makcik..

ibadah di bulan puasa mendapat ganjaran yg amat besar =)


Tak ketinggalan golongan mak-mak. Setiap pagi mereka bangun pagi untuk sediakan juadah sahur. Ada mak-mak yg sebulan sebelum puasa dah pegi soping mall beli buku masak "365 Hari Juadah Lengkap". Hamekauu buku resepi dah tebal macam bukut teks sekolah. *Mak aku lettew! kihkihkih

kunun manja sangat lettew. haha

Selain dari tu, golongan remaja perempuan juga sibuk men'survey'kan baju raya yang kini hangat di pasaran. Lace, Abaya, Peplum dan sebagainya. Cakap pasal peplum, aku tengok lawa doh baju gitu! Dah macam kembali ke zaman Saloma. Omey je orang yg pakai peplum. Teringin gak kadang tu tapi aku pakai kang nampak macam cendawan butang sebab aku gemok. kahkahkah

Hamboiihh sakan ko dik!! hahaha

Golongan ayah-ayah pula seperti biasa, selepas raya tahun lepas mereka dah berfikir pasal budget untuk raya tahun depan. "Bang, nak langsir baru". "Bang nak teko salut emas". "Ayah, nak baju peplum 2 kontena". hahahha macam melampau kan? Tapi itu lah perumpamaannya. Fikir-fikirkan. Ayah/suami bekerja berhempas pulas cari duit untuk sara keluarga. Ukur baju di badan sendiri. Kalau mampu go on..

Renungkan anak-anak =')




Haaaaa ni part paling syiok. Masuk bab kanak-kanak.

Budak-budak lelaki ni kalau bulan puasa memang rajin ikot ayah pegi surau ataupun masjid. Tapi cukup satu rakaat, secara berjemaah diorang keluor pegi main galah panjang. Tak cukup dengan tu, lepas setel satu game masuk balik surau dok sambung "amin" lepas surah al-Fatehah. Yang tak boleh blah diorang punye "Aaaaaaaaaaminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn" cukup panjang sampai tok imam nak sambung surah lagi satu baru stop. hahahaha *tak ketinggalan adik aku

sekurang-kurangnya mereka dididik dr kecil untuk solat berjemaah

Aku kompem korang mesti ade pengalaman puasa masing-masing masa kecik. Macam aku dulu (pengakuan ekslusif), aku pernah teguk air dalam bilik air. hahahaha gileeee kalau mak aku tau mesti die sebat dengan batang paip.
*sorry mak. kalau baca blog kite, mak senyum je la tau. jangan marah. hehehe

Adik aku yg kecik tu pulak buat-buat sakit perot. Pastu nanges guling-guling nak bukak puasa. Disebabkan anak manja, puan emak dan encik ayah mengizinkan. Sekarang ni dah darjah 4 kalau buat gitu lagi mau mak aku lesing je ngan siku. Padan muka ko. kihkihkih *kakak yg kejam tapi pemalu.

For those yg lebih teror tahap keluang man, malam terawih pertama diorang dah main mercun dengan bunga api. Kecoh satu kampung dok lari-lari buat aksi paling menarik konon boleh dapat trofi dan sijil. kahkakah aduyaiiiii la budak-budak ni.

akak tabik spring kat ko dik. dah macam pahlawan.

That's all for today. Selamat berpuasa kawan-kawan!






















No comments:

Post a Comment