Sunday 6 October 2013

Dugaan + Cabaran = Hikmah


Assalamualaikum Isnin. Semangat! Cewahh!

Ya... Semangat. The most important thing. Why I said so? Because.... Nevermind.

Dua - tiga bulan ni aku rasa macam-macam yg datang dalam hidup aku. Dah elok aku kerja kt sini, tiba-tiba ada masalah syarikat dan membuatkan aku akan kehilangan pekerjaan within two months!

What?! Two months?!!

Aku baru rasa nk belajar berdikari bila tinggal dengan kawan-kawan kt tempat orang. Bila dapat tau pasal ni, mungkin aku terpaksa balik kampung. Dekat sini aku nak jelaskan. BUKAN aku tak suka. Tapi sebagai remaja yg normal, keinginan untuk hidup berdikari di perantauan dengan kawan-kawan sangat kuat.

Aku buat keputusan cari pekerjaan di kawasan tempat aku menyewa.

Ya. Aku rasa sedikit tertekan bila terpaksa cari kerja sendiri sebab sebelum ni aku bekerja di sini, di syarikat pak cik aku sendiri aku tidak pernah di temu duga oleh sesiapa.

Aku juga rasa sedikit terbeban bila mencari kerja lain kerana gaji yg ditawarkan tidak setanding gaji sekarang. Tapi aku harus ambil saja peluang yg ada kerana aku tahu, bila kita memilih pekerjaan kerana gaji kita akan susah untuk mendapat pekerjaan tersebut.

Ya Allah... Ya Allah.. Setiap hari aku berharap semoga Dia mempermudahkan urusan aku kerana aku tahu ada hikmah di sebalik semua ini.

Aku tahu bukan aku seorang yg menghadapi dugaan dan cabaran seperti ini kerana aku tahu kalau aku susah, ada orang yg lebih susah.

Apa yg penting, selain berusaha kita mesti memohon pada-Nya. Kerana Allah sayangkan hamba yg suka memohon dari-Nya. Dan aku yakin ada hikmah di sebalik apa yg terjadi pada aku. Syukur Ya Allah.










No comments:

Post a Comment