Assalamualaikum.
Hidup. Apa yang kau faham tentang hidup? Aku baru 22 tahun
hidup di muka bumi milik Allah. Ya. Tidak
banyak yang aku tahu. Tidak banyak pengalaman ini. Mungkin kekadang ada situasi
yang membuatkan kau ingin mencarut sepanjang hari. Ada juga situasi yang
mendorong kau untuk bersyukur tak henti-henti.
Sebagai remaja, tipu kalau kau tidak pernah mengalami
masalah. Aku salah seorang daripada mangsa masalah. Atau lebih sopan dengan
perkataan ujian Allah. Dulu masa belajar di kolej kawan aku pernah pesan, “kalau
kau tengah memujuk orang yang ada masalah, jangan guna perkataan SABAR”.
Aku cuba pegang kata-kata dia. Sehinggalah aku berhadapan
dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah. Setiap kali aku ingin memberi kata
perangsang, perkataan sabar adalah perkataan pertama yang laju melintas dalam
pusat pemprosesan otak aku. Puas aku berperang dengan diri sendiri supaya tidak
menggunakan perkataan itu untuk memujuk dia. Aku gagal. Kerana perkataan sabar
itu aku rasa seperti suatu ubat yang amat berkesan jika digunakan.
Tanggapan aku salah. Perkataan sabar bukan lagi ubat. Kau tahu
kenapa? Selepas aku sendiri yang mempunyai masalah, perkataan sabar itu sudah
menjadi sampah. Tak layak digunakan.
Penulisan aku seperti orang tak beriman? Lantak
kau. Aku tak peduli.
Cuba letakkan diri kau di dalam seseorang yang mempunyai
masalah besar. Kau tahu masalah apa paling besar dalam dunia? Masalah duit. Itu
adalah jawapan yang padu untuk segala masalah.
Kau merantau. Kau hidup sendiri. Keluarga kau di kampung. Keluarga
kau bukan orang senang. Pada siapa lagi kau mengadu selain Allah? Ibu Ayah kau
adalah tempat kau luah segala masalah. Pernah kau rasa bila suatu hari kau ada
masalah yang cuba disembunyikan dari ibu, tetapi bila ibu menghubungi kau dan
bertanya “kakak sihat? Kakak ada masalah ke? Kalau ada, bagi tahu la ibu.” Pernah
masa soalan itu diajukan, air mata kau meleleh? Bukan 10/km sejam. Tetapi 330/km
sejam!
Dan waktu itu juga otak kau akan kata “ya, cerita pada ibu
kau. Kalau tak siapa lagi nak tolong??” dan hati akan berbisik “jangan kakak,
ibu ayah bukan orang senang. Nanti diorang susah hati.” Saat ini kau akan
meronta. Hidup atau mati di bumi perantauan. Tiada cara lain.
Terkadang kau
akan terfikir “aku rasa nak jual apa yang aku ada!”, “kalau jual badan tak
haram, dah lama aku cari pembeli!”.
Aku tahu penulisan aku agak kasar. Maaf. Tetapi ini adalah
hakikat dunia. Saat itu kau tiada pilihan lain.
Lumrah ibu ingin membantu anaknya dalam kesusahan. Lumrah anak
perlukan bantuan kedua orang tuanya. Hakikat terpaksa diceritakan. Si ibu dan
ayah mula berfikir bagaimana ingin membantu. Sang anak pula mula meletakkan
diri dalam dilemma.
Mereka akan membuat keputusan untuk membantu. Tiada ibu bapa
yang sanggup melihat anaknya susah di perantauan seorang diri. Sanggup bergolok
gadai demi sang anak walaupun anak sudah berpendapatan sendiri.
Jika kau di tempat sang anak. Kau akan rasa hina! Kau akan
rasa kau anak tak guna!
Sepatutnya di waktu senggang seperti ini, sang anak yang
meghulur rezeki buat si ibu dan ayah. Bukan mereka yang menyuap sang anak duit!
Pernah terlintas di benak jiwa pabila bersembang dengan
mereka “ibu, kakak nak buat kerja lebih masa boleh? Nak cari duit lebih..”
Ibu akan membalas dengan nada kurang senang “kenapa nak buat
macam tu, kalau kakak ada masalah duit bagi tahu ibu. Kami cuba tolong kakak. Ibu
tak nak anak ibu nanti jadi macam orang lain, sebab duit buat kerja lebih masa
yang bukan-bukan.”
Ya Allah…. Risaunya mereka pada sang anak ini! Dada di sentap
berkali-kali. Apa yang kau dah buat wahai anak??
Mungkin ada yang mempersoalkan.. Ahh ini anak manja! Tak tahu
berdikari. Ada masalah tak besar mana, cerita pada mereka. Masakan tidak ibu
dan ayah susah hati? Hey manusia! Kau apa tahu? Mungkin kau orang senang, gaji besar?
Mungkin keluarga kau keluarga berada siapa sangka?
Bagi orang yang baru ingin mengenal hidup di perantauan,
yang baru menapak dalam sesuatu kerjaya, teramatlah berat bagi mereka jika ada
sedikit masalah perihal duit.
Allah.. Kau peliharalah kehidupan aku dan keluarga dunia
akhirat. Kau murahkan lah rezeki kami.
Amin.
Ini permulaan aku dalam penulisan. Nak panggil cerpen ke, ape ke aku pun tak tau.
#InsyaAllah, penulisan disambung jika ada permintaan :)