Assalamualaikum!
Wehooooo Hye! Long time no see bebeh!
Pasal entry hari ni, I wanna talk about girls and boys. Kenapa aku cakap camni? Look at this situation..
1) Rumah Sewa / Perempuan
Joyah: Haaa kita ambik yang ni okey tak? Aku rasa better dah ni. Tapi.. Takda penyidai baju pulak.
Jenab: Aku nk rumah lain. Tak selesa la. Tilam tak best. Katil tak cukup.
Munah: Camane dengan rumah semalam? Kita boleh jimat. Murah.
Joyah & Jenab: What??? $%^&! Takda tilam. Tak nak tidur atas comforter!
Munah: Bla bla bla..
Joyah: Bla bla bla bla bla & bla bla..
Jenab: Bla la bla bla bla bla bla bla bla bla bla!
(tahun depan baru setel)
2) Rumah Sewa / Lelaki
Man: Bro, yang ni okey la. Takda katil pun takpe. Boleh bentang tilam. Lagi pun murah.
Abu: Ok. Aku no hal. Kita confirm!
(2 minit setel)
So how? It's true right? Bukan nak kondem girls generation. Haha. Tapi memang biasa berlaku. Perempuan kan. mesti demand sikit. Heee okey next!
3) Kereta / Perempuan
*Bila nak keluar dengan pakwe / kawan
Pakwe: Sayang oii... Kemas la sikit kereta ni. Kasut penuh dalam kereta.
Makwe: Ok ok. Balik jap lagi orang kemas ea. Hikss!
Pakwe: Bukan 2 minggu lepas kata nak kemas ke? Ni ada botol. Kad parking.. Bla bla bla blahhh!
Makwe: Yelah.........
(3 minggu kemudian, baru sepasang kasut yg disusun)
4) Kereta / Lelaki
Makwe: Omak aihhhhhh.. Komehnyo kereto sayang! *keluar tisu nak lap mulut
Pakwe: Sayang. No tisu! Unless terdesak okey! Nanti bersepah!
Makwe: Tu pun tak boleh. Merajuk laa...
Pakwe: *dalam hati gua sayang keta lagi dohhh
Next! Most wanted topic! Shopping time!
5) Shopping mall / Uptown
Pikah: Weyyyy!!! Yang ni cantik! Murah! Nak yang ni!
Ira: Eh yela. Tapi yang sana tu lagi murah nok!! Jom!
Diya: Kakak..! Kat hujung ni lagi murah! Smart!
Myra: Aku nak yang berjenama sikit.
(jangan marah Myra. Gurau. Hahahaha)
Soooooo that's was my entry for today! Tak boleh menaip banyak! Sebab online kat opis je. Ni pun dah dua minggu baru boleh publish.
See you next entry guys!
Wednesday, 28 May 2014
Sunday, 26 January 2014
Sedar. Kawal. Marah.
Sedar. Kawal. Marah.
Satu perkataan dengan seribu makna. Kenapa aku cakap macam
ni? Sebab dengan kesedaran lah kau akan tahu apa kesilapan kau. Apa kesalahan
kau.
Aku mengaku aku tak lari dari melakukan kesilapan.
Tapi sebelum kau kata orang lain kurang ajar, aku rasa baik
kau lihat dan kau cermin diri kau dulu depan cermin yang paling besar gedabak. Kalau
kau takda cermin besar, kau cermin kat belakang sharpener 20 sen yang bulat tu
pun jadi la. Walaupun nampak lubang hidung kau je. Atau mungkin nampak jerawat
je?
Muahahaha.
Apa kes kalau kau tak puas hati, takda salam takda apa kau
terus datang serang maki hamun kawan kau?
Hmm mungkin bekas kawan.
Kau meroyan tak tentu hala tanpa usul periksa lepas tu kau
kata orang yang kau maki tu kurang ajar? Kemon lah kawan..
Opss, bekas kawan.
Siapa yang kurang ajar pada siapa? SEDAR . Tolonglah SEDAR.
Hidup ni macam roda. Jangan suatu hari nanti, kawan yang kau
maki hamun tu la yang tolong kau bila kau susah. Itu pun kalau kawan kau ada
hati lagi..
Pada aku, sebelum nak buat satu kesimpulan kau kena fikir
dan SEDAR dulu.
Kawal marah bila kau tak puas hati dengan orang lain. Bincang
cara baik.
Bukan kah setan mencintai orang yang cepat marah? Takkan kau
nak bercinta dengan setan kot setan? Dah habis jahat dah penulisan aku ni aku
rasa. Lantak… Peduli pulak aku.
MARAH ITU API.
API ITU SYAITAN.
API ITU SYAITAN.
Thursday, 23 January 2014
Kembara
Sang kota raya tidak pernah tidur. Malah tidak pernah
terlelap.
Ia pentas dunia. Ia penuh
lakonan.
Siapa kita?
Pelakon pembantu terhebat? Pelakon terbaik keseluruhan? Atau
hanya pelakon sampingan dan tambahan?
Jawapan ada di tangan kau. Ada di tangan kalian.
Subuh hingga senja kita bekerja. Mencari rezeki buat diri
sendiri, buat keluarga, buat ibu dan ayah. Ada yang mencari rezeki tambahan.
Tidak kira halal atau pun haram. Semua terletak di tangan
empunya diri.
Aku percaya ada suara-suara yang tidak puas hati dengan kehidupan
ini. Abaikan! Abaikan suara-suara jahat durjana yang berbisik di telinga kamu! Kerana
hanya Dia yang mampu menilai diri setiap seorang hamba-Nya.
Jangan risau, kedua belah bahu kita ada penulisnya. Ada yang
mencatat baik buruk diri kita.
Untuk anak yang merantau, kata ayah lekas pulang. Pesan ibu
jangan cepat lalai. Kembara kita masih
jauh.
Bukan mudah untuk menempuh kembara ini. Ada yang akan rebah.
Tapi ingatlah masih ada ruang untuk kalian bangun. Hapuskan dosa-dosa yang kau
telah lukis, yang telah kau lakar dalam hidup kau.
Sambil berlumba mengejar apa yang dicita, bekalkan
perjalanan kau dengan sepotong doa. Tolong!
Monday, 20 January 2014
Pendapat
“Dalam kehidupan ini yang terindah, melalui usia remaja… Senda
gurau suka duka sering berganti meninggalkan kesan abadi.”
Ianya tersangatlah abadi.
Bukan soal cinta. Bukan soal kasih. Tapi soal persahabatan
di usia remaja.
Ya. Orang kata usia remaja adalah zaman memberontak. Macam-macam
yang kau akan cuba pertikaikan di usia ini. Sedikit sahaja perkara yang
mengganggu kau, maki hamun dan caci maki
yang akan meluncur laju dari bibir kau.
Terasa? Ehh peduli apa aku?
Ada masa warna kehidupan kau terang macam spotlight dekat
funfair. Ada kala ia lebih malap dari warna kelabu taik anjing.
Masa ini lah kau akan rasa apa yang kau buat betul. Pendapat
orang lain semua kau tepis sejauh mungkin. Kalau boleh kau nak campak pendapat
orang tu dalam kawah gunung berapi, biar tak tinggal sebarang kesan. Biar abu
pun takda.
Sounds kasar rite? Hahaha aku mula dah buat bahasa rojak. Lantak
pi lahh. Yang penting korang paham.
Aku rasa in case ada situation korang bergaduh dengan kawan,
masing-masing kena cool down. Kalau salah sendiri, admit it. Jangan tegakkan
benang yang basar derr!
Cuba dengar pendapat pihak lagi satu. Yang pihak lagi satu
kalau korang dah habis chill dah nak settle time tu tapi member kau naik suara
kat kau pulak, memang patut lah kau bagi sedas pulak. Bukan nak suruh korang gaduh.. Tapi kalau
kita dah habis kautim lembut gila khinzir dia tetap maki kau takkan kau nak
diam sedangkan tu bukan salah kau?
Ada masa kita kena pertahankan diri kita.
Sunday, 19 January 2014
HIDUP.
Assalamualaikum.
Hidup. Apa yang kau faham tentang hidup? Aku baru 22 tahun
hidup di muka bumi milik Allah. Ya. Tidak
banyak yang aku tahu. Tidak banyak pengalaman ini. Mungkin kekadang ada situasi
yang membuatkan kau ingin mencarut sepanjang hari. Ada juga situasi yang
mendorong kau untuk bersyukur tak henti-henti.
Sebagai remaja, tipu kalau kau tidak pernah mengalami
masalah. Aku salah seorang daripada mangsa masalah. Atau lebih sopan dengan
perkataan ujian Allah. Dulu masa belajar di kolej kawan aku pernah pesan, “kalau
kau tengah memujuk orang yang ada masalah, jangan guna perkataan SABAR”.
Aku cuba pegang kata-kata dia. Sehinggalah aku berhadapan
dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah. Setiap kali aku ingin memberi kata
perangsang, perkataan sabar adalah perkataan pertama yang laju melintas dalam
pusat pemprosesan otak aku. Puas aku berperang dengan diri sendiri supaya tidak
menggunakan perkataan itu untuk memujuk dia. Aku gagal. Kerana perkataan sabar
itu aku rasa seperti suatu ubat yang amat berkesan jika digunakan.
Tanggapan aku salah. Perkataan sabar bukan lagi ubat. Kau tahu
kenapa? Selepas aku sendiri yang mempunyai masalah, perkataan sabar itu sudah
menjadi sampah. Tak layak digunakan.
Penulisan aku seperti orang tak beriman? Lantak
kau. Aku tak peduli.
Cuba letakkan diri kau di dalam seseorang yang mempunyai
masalah besar. Kau tahu masalah apa paling besar dalam dunia? Masalah duit. Itu
adalah jawapan yang padu untuk segala masalah.
Kau merantau. Kau hidup sendiri. Keluarga kau di kampung. Keluarga
kau bukan orang senang. Pada siapa lagi kau mengadu selain Allah? Ibu Ayah kau
adalah tempat kau luah segala masalah. Pernah kau rasa bila suatu hari kau ada
masalah yang cuba disembunyikan dari ibu, tetapi bila ibu menghubungi kau dan
bertanya “kakak sihat? Kakak ada masalah ke? Kalau ada, bagi tahu la ibu.” Pernah
masa soalan itu diajukan, air mata kau meleleh? Bukan 10/km sejam. Tetapi 330/km
sejam!
Dan waktu itu juga otak kau akan kata “ya, cerita pada ibu
kau. Kalau tak siapa lagi nak tolong??” dan hati akan berbisik “jangan kakak,
ibu ayah bukan orang senang. Nanti diorang susah hati.” Saat ini kau akan
meronta. Hidup atau mati di bumi perantauan. Tiada cara lain.
Terkadang kau
akan terfikir “aku rasa nak jual apa yang aku ada!”, “kalau jual badan tak
haram, dah lama aku cari pembeli!”.
Aku tahu penulisan aku agak kasar. Maaf. Tetapi ini adalah
hakikat dunia. Saat itu kau tiada pilihan lain.
Lumrah ibu ingin membantu anaknya dalam kesusahan. Lumrah anak
perlukan bantuan kedua orang tuanya. Hakikat terpaksa diceritakan. Si ibu dan
ayah mula berfikir bagaimana ingin membantu. Sang anak pula mula meletakkan
diri dalam dilemma.
Mereka akan membuat keputusan untuk membantu. Tiada ibu bapa
yang sanggup melihat anaknya susah di perantauan seorang diri. Sanggup bergolok
gadai demi sang anak walaupun anak sudah berpendapatan sendiri.
Jika kau di tempat sang anak. Kau akan rasa hina! Kau akan
rasa kau anak tak guna!
Sepatutnya di waktu senggang seperti ini, sang anak yang
meghulur rezeki buat si ibu dan ayah. Bukan mereka yang menyuap sang anak duit!
Pernah terlintas di benak jiwa pabila bersembang dengan
mereka “ibu, kakak nak buat kerja lebih masa boleh? Nak cari duit lebih..”
Ibu akan membalas dengan nada kurang senang “kenapa nak buat
macam tu, kalau kakak ada masalah duit bagi tahu ibu. Kami cuba tolong kakak. Ibu
tak nak anak ibu nanti jadi macam orang lain, sebab duit buat kerja lebih masa
yang bukan-bukan.”
Ya Allah…. Risaunya mereka pada sang anak ini! Dada di sentap
berkali-kali. Apa yang kau dah buat wahai anak??
Mungkin ada yang mempersoalkan.. Ahh ini anak manja! Tak tahu
berdikari. Ada masalah tak besar mana, cerita pada mereka. Masakan tidak ibu
dan ayah susah hati? Hey manusia! Kau apa tahu? Mungkin kau orang senang, gaji besar?
Mungkin keluarga kau keluarga berada siapa sangka?
Bagi orang yang baru ingin mengenal hidup di perantauan,
yang baru menapak dalam sesuatu kerjaya, teramatlah berat bagi mereka jika ada
sedikit masalah perihal duit.
Allah.. Kau peliharalah kehidupan aku dan keluarga dunia
akhirat. Kau murahkan lah rezeki kami.
Amin.
Ini permulaan aku dalam penulisan. Nak panggil cerpen ke, ape ke aku pun tak tau.
#InsyaAllah, penulisan disambung jika ada permintaan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)