Tuesday, 18 June 2013

Puzzle dan Kakak

Assalamualaikum Rabu.
wordless wednesday? NO.

Puzzle? YES.


What do you expect?






Aku bukan cerita pasal "puzzle" yang macam dalam gambar tu. Tu permainan masa kecik aku dulu.


Entry aku hari ni nak korang fikir apa yang tersirat disebalik "puzzle". Sapa dapat teka aku bagi hadiah. Tapi dalam mimpi la. hahahaha. OK. Aku bergurau.


Apa yang aku dapat dari perkataan puzzle ni adalah melengkapi antara satu sama lain. Bukan untuk orang bercinta semata. Tapi dalam hubungan kekeluargaan pun kita macam "puzzle". Apa yang adik tu kurang, kakak lengkapkan. Apa yang kakak tu takda, adik carikan. Macam tu jugak la mak dengan ayah kita. They must backup each other.


Betoi ke tidak ayat omputih aku tu lantak ler. Janji kome paham. *sambil bukak lagu Akim kasi feeling lebih sikit.


"Hati ini.. kan terasa sepi.. Tanpa senyuman indah yang menruntumkan jiwa.."


Ye Jep... Aku kalo tak nengok ko punye sengih tu sehari, aku memang tak tido malam. Nasib aku dok rumah orang. Kalo rumah sendiri dah lama aku tepek semua gambar ko jadik wallpaper! hahaha 


OK. Back to the point!


Bukan saje family, even dengan orang yang kita rapat pun kita mesti jadi macam "puzzle". Sebagai contoh kawan-kawan. Memang kekadang tu mesti ada salah faham dengan kawan. Even dengan kawan baik kita sendiri, mesti ada selisih pendapat. But we must take note yang kita kena melengkapi antara satu sama lain dalam hubungan persahabatan. Macam "puzzle".


Seriously, kadang rasa kosong bila kita takda kakak. Cemburu tengok orang yang ada kakak tu perkara biasa yang aku rasa. Tapi alhamdulillah, Allah dah hantar pada aku "sekeping puzzle" untuk lebih melengkapkan hidup aku.


Perancangan Allah itu indah. Kita kenal sebab dia. Kita jumpa sebab dia. Kita rapat sebab dia. Siapa "dia" tu biarlah kita dengan Allah je yang tau.


Kak Long Suhaila, you're the most special "puzzle" in my life. Sayang akak! hikhik!




















Monday, 10 June 2013

Dari sahabat kepada sahabat

Assalmualaikum Selasa!
Seeeeemaaaaangaaaattttttt! haha

Jep Sepahtu pernah berkata: "fans saya semua sahabat-sahabat saya"

Aku fans Jep Sepahtu. Soooo aku sahabat dia la kan? Semangat gedik dari mana tah datang idea aku nak buat entry ni. Sejak jadi peminat tegar, aku banyak baca pasal Jep. Then tiba-tiba hari tu aku ada terdengar satu lagu ni yang liriknya macam sesuai sangat dgn si Jep.

Bermulalah planning idea gila-gila aku nak aplikasikan lagu tu untuk entry ni. Tapi aku ada ubah sikit la. kahkahkahkah.

Malas taip panjang. So ni lah hasilnya!

Penyanyi: Tegar
Tajuk     : Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang


Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu di luar sekarang ku dilayar
Dulu dulu dulu ku tidak mampu
Sekarang aku bahagia







Cita-cita ku menjadi yang terbaik
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untukku semua






Hidupku dulunya seorang yang biasa
Pulang malam selalu bawa rezeki tambahan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah








Sekolah dulu ku hanya yang biasa
Terpaksa ku harus mencari nafkah






Tetapi aku tidak putus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haaaaa gitewww! Tamat satu entry aku taip hari ni.

Kat sini aku nak bg tau yang aku kongsi ni sekadar untuk aku suka-suka je sebab....
" hak menaip hak pemilik blog!! " hikhik
















Thursday, 6 June 2013

Gila dengor lagu Zapin

Masyurkan, dondang dendang!
Iramakan dondang dendang!

Ahaaaaaa... Assalamualaikum =)

Macam biasa, sila baca tajuk entry sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami isi entry. Hakhak.

Actually dulu aku ada jugak dengar lagu-lagu melayu lama ni. Al-maklum lah opah aku dulu kerja menghias pelamin. Ala-ala wedding planner. Haaaa nampak tak kaitannya? Takda kan? OK tak mengapa.

Sejak dua menjak ni bila aku tengok cerita yg Jep Sepahtu berlakon mesti bermain-main lagu zapin dalam kepala aku. Bila dah jd macam tu, aku pun terus bukak youtube dan search lagu-lagu zapin. OK kali ni ada kaitan:-
1. ( Jep = Johor . Zapin = Johor )
2. ( Jep = Handsome . Zapin = Best )

                                                                     
                                                                         YA SALAM

Lirik:
Aku cukup suka lagu Zapin Ya Salam. Another thing yang aku suka pasal lagu zapin, banyak sangat nasihat tak kira la pasal kehidupan, cinta, keluarga. Macam-macam lagi lah.

Tarian:
Sembang pasal tarian. Bila Zapin je semua orang tahu yg tarian zapin ni memang meriah. Step cantik je. Aku pantang betol kalau tengok budak menari zapin. Comel tak hengat uollsss!

Ni aku tengah dok kat office pon buat kerja sambil dengor lagu zapin goyang-goyang kepala. Akak HR dah usha panas je... Hahaha.

OK. Sekarang aku nak share lagu zapin kegemaran aku. Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Tan Sri S.M Salim, Sharifah Aini antara penyanyi yg aku adore bila nyanyi lagu zapin.


                                                                DONDANG DENDANG


                                                                  ZAPIN PUSAKA


                                                                      ZAPIN BUDI


Semalam je aku dah download dalam 20 lagu zapin. Tiga lagu kt atas tu wajib ada dalam playlist. Sebelum tido aku dengor dulu sambil bayangkan Jep. Haaaaaaaa lagi sekali nama Jep kan? kihkihkih *peminat tegar memang cenggini.

By the way, for those yg memang tak pernah layan lagu zapin.. Please la dengor lagu zapin sekali sekala. Memang best! Yang memang selalu layan pulak, meh share kt sini lagu zapin yg lain yg korang layan.

P/s : aku orang Perak. bukan orang Johor.

Zapin lebih awesome dari lagu K-poppun.

Sekian.