Tuesday, 26 March 2013

Risau Ayah pada Si Anak

Assalamualaikum.

Hari ni seru dr mana tah datang seru nak taip entry laju2 time lunch gini -___-
Ok Fatin. Now serious.

Kali ni aku nak buat entry pasal ayah. Coming soon mama pulak.

Tahun 2004 - 2008

Masa sekolah dulu, ayah hantar pergi balik sekolah. Then bila masuk tingkatan 4, dpt tawaran sekolah teknik tp kena berulang. Ayah risau bila tau aku decide nak naik bas biasa pergi sekolah dgn kawan-kawan. Ayah bising. Tp aku tau ayah risau sebenarnya.

Bila ayah tak kerja ayah hantar walaupun sekolah tu agak jauh dr rumah. Kadang2 tu bila time ayah kerja pun ayah sanggup hantar. Terima kasih ayah.

Tahun 2009 - 2012

Habis SPM, aku rasa nak kerja. Boleh simpan duit buat belanja hari2. Mama bagi tp ayah tak.
Ayah cakap " budak2 lai.. buek apo nak kojo. Lagi pun ayah buken takdo duit nak tanggung." 
Tp aku tau, ayah risau.
Ok. Aku duduk rumah tolong mama. Then aku decide nak ambik lesen lah pulak. Mama bagi tp macam biasa... Ermm ayah tak. Ayah kata " budak2 lai.. kang takut apo2 jadi doket jalen tu."
Aku tau. Ayah risau.

Kalau macam tu takpe lah. Aku duduk je rumah tolong mama sampai dapat tawaran belajar. Yes! One day aku dapat tawaran dr 1 kolej. Disebabkan keputusan SPM aku biasa2 je, Universiti awam takda yg panggil. Aku decide utk masuk kolej tu. lagi pun mak cik aku cakap kolej tu bagus. TAPI kolej tu dekat bangi. Ayah aku tak pernah lepas bg anak2 dia pergi jauh.
Ayah cakap " takpo ko lopeh dio surang2 ke bangi nun. macom mano.. dio takdo kawan nanti kek sano"
Ya. Aku tau ayah risau.

Lepas makcik dgn mama pujuk ayah. Terangkan balik macam mana nanti aku nk dok sana, ayah bagi. Sampai la hari di mana family aku hantar aku masa hari pendaftaran. Kami sempat sembang2 kejap je sebab nak cepat. Aku takut jugak sebab takda kawan lagi. Masa nak balik..
Ayah cakap " jago diri elok2. takdo duit talipon mama copet2. bagi tau.."
dan aku tau ayah masih risau.

Malam esoknye, aku call mama. Sembang2 kejap. Aku tanya ayah buat ape.
Mama cakap " ayah demam. ye la.. tak pernah lepas anak die jauh2. ayah risau sangat.."
aku tak boleh cakap ape. Aku menangis.

2013 - sekarang

Pertengahan bulan 12 aku habis belajar. 1 hari paksu aku call offer kerja kt company die kt subang. Ayah macam berat jugak nk bagi. Mama cakap takpe la.. anak kite dah besar. Boleh jaga diri. Ayah bagi tp aku tau ayah risau.

Bila dah kerja, aku tau aku mesti jugak ambik lesen. Aku bagi tau mama dgn ayah. AND ayah izinkan! Alhamdulillah..

Sampai sekarang, aku dah nak dapat lesen P. Kereta pun ayah dah carikan. Bila cakap kat mama nak bawak kereta tu balik subang,
ayah kata '' belaja la doket ghumah dulu. bia ayah ajar. baru bawak balik sano''
Aku sedar ayah masih risau. Die nak anak die belajar depan mata die.


Pesan untuk kamu semua.
  
  Memang kadang2 ayah nampak macam tak ambil berat pasal kita. Selalu mama kita yang membebel hari2   dekat rumah. Tp kamu tahu tak sebelum tidur ayah mesti fikir hal anak2 dia. Ayah risau setiap kali anak2 nak lakukan sesuatu. Bukan saja ayah, tetapi mama kita sekali. Jaga hati mereka berdua.



*Kak yong SAYANG ayah*














Monday, 25 March 2013

Perihal Jodoh

Assalamualaikum.

Haacchumm! Haaaacchhummm! Srottt srottttt~ Hingus meleleh mcm budak hingusan.
*mukadimah yg sangat tak patut -..-'

Entry bajet nak gempak memanjang aku ni. PERIHAL JODOH. Wait wait. What? Jodoh?? Seems like tak layak je aku nak tulis entry ni memandangkan aku baru 22 tahun.
*perasan muda.

But believe me, budak yg umur 16 tahun pun asyik update status kt facebook pasal jodoh.

*example:
      Timah : "Dear my future husband.. I hope we will.. bla bla bla"
      Konah : "Wahai pemilik tulang rusuk ku.. Aku tahu.. bla bla bla"

Dear Fatin Afiqah, mohon terasa laju laju, sebab aku pun macam tu. Ahahahaha! *ok tak lawak

Bila cakap pasal jodoh, ramai yg bermonolog sendirian di malam hari.. 
"bila aku nak kawen ni..". "eh, dgn siapa aku kawen agaknye ek!". "aku harap sgt dia jodoh aku". "em aku nak kawen dgn pojaan hati Jep Sepah"
*yg Jep Sepah tu special case. sekian -__-

Aku yakin dan pasti seratus puluh ratus almost 97percent gegirl dlm umur lingkungan 19-25 akan berfikir perkara yg sama! Baik memasing angkat tangan cepat! Ngaku!
*Ngahahaha! gelak separuh evil.

Actually, perihal jodoh ni semua muslimin dan muslimat tahu yg jodoh di tangan Allah s.w.t. Kita always berangan nak jodoh macam itu, macam ini, but kita sedar tak diri kita macam mana? Renungkan balik..

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Kalau kita sedar kurang kebaikan dlm diri kita, cuba untuk perbaiki kekurangan masing2. Memang kalau kita cuba kita takkan terus 100percent totally jd baik. Tp sekurang-kurangnya kita mencuba. 

Aku percaya, kalau kita semua pegang dan genggam firman Allah dlm surah an-Nur di atas, InsyaAllah kita akan dapat apa yg kita nak kerana janji Allah itu pasti.

Ya anak-anak, itu saja sedikit pesanan dr ustazah tak diiktiraf malam ni. For those yg dah nak kawen tu, tahniah!! Hope kekal until jannah.

*Uuuuu~~ mak.. bila pikah pulak nak kawen ni.. srottt srrotttt~ kawan2 semua buat persiapan dah mak..





































Tuesday, 19 March 2013

Akhirnya wa jumpa Jep Sepahtu! The best day ever! 16/3/13

Assalamualaikum.

Ok now let me shout kuat kuat kuat dan kuat!!! I meet him!! Lihatlah duniaaa. Lihatlah~~~!! Ceq nak bg amaran, entry kali ni mmg banyak penggunaan tanda seru kerana itu saja yg boleh melambangkan ke'eksaited'an ceq. muahaha.

16 Mac 2013 (Sabtu) Rakaman KKX jam 8 malam.
- bertolak dr UNISEL ke studio 1 ASTRO bukit jalil (5.30 ptg). 4 buah kereta.
- sampai highway KESAS silap masuk simpang lalu sesat ke ampang.
- lepas U-turn, sesat lg masuk KL pulak.
- masing2 dah give up, kali ketiga kalau tak jumpa we decide nk patah balik je.
- but I'm trying to pretend cool sbb nk sgt jumpa Jep and I said ''ok ni last kite try, please...''
- and lastly! we arrived depan stadium and see signboard TAMAN TEKNOLOGI MALAYSIA.
- dah masuk dalam tu, boleh sesat lg. tp dgn bantuan Kak Dila cute dr JFC crew, kami sampai!
Alhamdulillah =)

You see that?? Yeaa I'm there!!!! muahaha

Alangkah gembira hati...... lalalala~ I'm being so happy + eksaited + macam2 lg lah malam tu. Tak boleh nk kata apa dah! Dan dan dan.. korang jgn tanye la Jep hensem ke tak malam tu sbb sejak azali lg die dah hensem. tak caye? You better see this!

He's toooooooooo cute playing with paper plane!! semput~~
Sebelum rakaman start, Jep mmg nampak letih sgt. Mana taknye, dr siang dah ada rakaman. But he made it utk hiburkan hati penonton and peminat die. Syabas!! Rakaman was end at 11.15 o'clock.

Untuk tak mengecewakan JEP FC, even he's so tired he try to meet his fans lepas sesi rakama. And you know what?? Fans die mmg ramai gegirl and diorang serbu Jep mcm serbu Lee Dong Wook. OK pembetulan. Fans Jep lg ramai dr mamat korea tu! ahaha.

Just see this and don't say any words. Ahaaaa~!

Candid from my camera buruk. Teheee!

Special for ma best friends ever, thanks sbb teman and bawak kan pegi tgk KKX season. Walaunpun korang bkn peminat tegar Jep mcm aku, tp korang sanggup! Siap bawak jalan2 g PD pulak tu. hehe.
I lebiuu korang korang. Tadaaaa~!

Attention! tolong jgn jeles. Sekian. keh3
And last but not least, Thank you so much to Sis Adila and Sis Azura from JEP FC crew for being really2 nice to us that night. Even 1st time kita baru jumpa tp seriously mcm dah lama kenal. Hope to see both of you again!

Sis Azura & Sis Adila









Tuesday, 5 March 2013

Afiqah ! You're technically 22 y/o now !!

Assalamualaikum.

Ke hadapan Jep Sepah. I love yo so much!! Balas lah oh cintaku oh ini.
Stop it Fatin. Stop it. *jadah -..-'

Kalau umur kita 2 tahun dulu kita just tau menangis. makan, main dan mintak susu je dr mak. Tp sekarang, cari makan sendiri, beli baju sendiri, nak minum susu pun kene masuk duit syiling dlm vanding machine sendiri. Tskk tskk T__T

Dan kalau fikir balik pengorbanan ibu dgn ayah selama 22 tahun kita hidup ni, tak mampu kita nk balas dgn wang ringgit. Sedangkan kita hidup 2 hari je, dh terlalu banyak yg mereka bagi pd kita.

Mengapa menyinta... Andainya tak setia.... *iklan

Ingat lg masa aku nak belajar naik basikal biasa, drpd basikal roda tiga masa unur 7 tahun. Mula2 ayah pegangkan dulu handle tu sambil aku kayuh sikit. Lepas tu aku kayuh jauh lagi. Then masa ayah nk suruh aku bwk sendiri, ayah cakap:

   Ayah: kak yong kayuh slow2 tau. nanti jatuh. ayah tunggu dekat sini.
   Fatin: tak nak... kak yong takot.. *air mata berjujuran
   Ayah: takpe sayang, kalau tak macam mana kak yong nak jd pandai kalau tak cuba.

Walaupun takot aku tetap cuba. Sampai la masa nak turun bukit aku tak dpt control handle beskal. Ayahhhhhhhhhh!!! Gedebakk! Anak badak gumuk yg kiut jatoh beskal. 2 hari aku nanges tak benti woooo!! Tp lepas tu aku jd makin berani utk cuba dan terusa mencuba sampai aku pandai. Ayah cakap " Usaha tu tangga kejayaan "

Now I'm 22. Kalau kita rasa masih tak puas hati dgn hidup kita, merungut sana-sini, aku syorkan kita semua bersyukur la. Sbb aku percaya, setiap manusia mesti dapat bawak perubahan dlm hidup dia.

And now... Jeng! Jeng! Jeng! *Taraaaaaaaaaaaaa! hikhik


*Anak mama ayah yg gumuk lg kiut dr kecik dh jd besau*