Sunday, 6 October 2013

Dugaan + Cabaran = Hikmah


Assalamualaikum Isnin. Semangat! Cewahh!

Ya... Semangat. The most important thing. Why I said so? Because.... Nevermind.

Dua - tiga bulan ni aku rasa macam-macam yg datang dalam hidup aku. Dah elok aku kerja kt sini, tiba-tiba ada masalah syarikat dan membuatkan aku akan kehilangan pekerjaan within two months!

What?! Two months?!!

Aku baru rasa nk belajar berdikari bila tinggal dengan kawan-kawan kt tempat orang. Bila dapat tau pasal ni, mungkin aku terpaksa balik kampung. Dekat sini aku nak jelaskan. BUKAN aku tak suka. Tapi sebagai remaja yg normal, keinginan untuk hidup berdikari di perantauan dengan kawan-kawan sangat kuat.

Aku buat keputusan cari pekerjaan di kawasan tempat aku menyewa.

Ya. Aku rasa sedikit tertekan bila terpaksa cari kerja sendiri sebab sebelum ni aku bekerja di sini, di syarikat pak cik aku sendiri aku tidak pernah di temu duga oleh sesiapa.

Aku juga rasa sedikit terbeban bila mencari kerja lain kerana gaji yg ditawarkan tidak setanding gaji sekarang. Tapi aku harus ambil saja peluang yg ada kerana aku tahu, bila kita memilih pekerjaan kerana gaji kita akan susah untuk mendapat pekerjaan tersebut.

Ya Allah... Ya Allah.. Setiap hari aku berharap semoga Dia mempermudahkan urusan aku kerana aku tahu ada hikmah di sebalik semua ini.

Aku tahu bukan aku seorang yg menghadapi dugaan dan cabaran seperti ini kerana aku tahu kalau aku susah, ada orang yg lebih susah.

Apa yg penting, selain berusaha kita mesti memohon pada-Nya. Kerana Allah sayangkan hamba yg suka memohon dari-Nya. Dan aku yakin ada hikmah di sebalik apa yg terjadi pada aku. Syukur Ya Allah.










Thursday, 12 September 2013

Kami Konvo Takda Topi Tapi Kami Bahagia


Happy G-Day to me! Happy G-Day to me!
Yeayyy! After almost two years. Alhamdulillah on 11.09.2013 aku grad jugak akhirnya! Heeeee.

Thanks you Allah. Thanks you mama. Thanks you ayah. Thanks you lecturer.
And..................................... Thanks you to all my friends!!

Ok. Entry kali ni aku tak banyak membebel. Just enjoy all these pictures walaupun aku masih tak puas hati dengan warna baju konvo kami. Hakhak kolej tak cukup modal lettew. kikiki




Tak ambil scroll lagi kami berlima dah melaram. Hakhak. Memasing eksaited tahap catwoman nak sarung jubah!



Keterujaan ecah dengan mai terserlah bergambar kt tepi tasik. hahahaha sila reka dialog!

Selepas banyak mengumpul gambar dalam telefon memasing, tak sedar dah pukul 1.45. Our time is running out! Cewahhhh~~ 
Macam biasa, bukan Pika Ecah Ira Mai and Piya la namanya kalau tak berlari kt kolej tu. Muahaha!




YES. Kami berlima. AGAIN. Time ni memang lawak. Kena marah sebab orang lain tengah ambil scroll pung pang pung pang kat atas stage, kami dok bergambar sementara tunggu turn. Hek eleh....... Kami boring kot! Huh -,,-'




Finally..................... Yeayyy!! Kami berjaya! Alhamdulillah! Dan aku tak tau kenapa aku pegang menatang tu terbalik. Sepoil betul lah! -,,-  -,,-



OH lupa. Yang atas ni kat tandas. Biasa lah. Harap semua mengerti. Sebelum mengadap rektor kena tepek bedak sepuluh ratus inci. Gincu lima puluh lapis. Blusher tiga kotak.

Dah tak tau nak letak caption apa

So, lepas settle semua.. Kami berkumpul tepi tasik. Since kami dah berkawan baik selam empat tahun, kami decide untuk kumpulkan parents kami semua bergambar sekali sebab diorang tak pernah berjumpa! heeee


A little bit terkilan sebab parents Ecah tak dapat join bergambar sekali.

Again. Alhamdulillah Ya Allah. Tahniah semua. Aku bersyukur sangat sebab dikrniakan orang seperti mereka sebagai pelengkap hidup aku. Sahabat, aku harap hubungan kita bukan sampai di sini. Aku harap kita berjaya dunia akhirat sama-sama. InsyaAllah! =')








Sunday, 1 September 2013

Tak Nak Marah Che Ta Bercinta dengan Zain


Apahalll tajuk camni kan??

Harap bersabar semua. Ada tujuan aku buat entry ni adalah sebab aku tak suka Isnin. Ehh? haha ok tak tak.
Actually it seems like "perli" rite? But it is not.

Macam dah jadi trend perempuan berkahwin or bercinta dengan lelaki muda sekarang ni. Seriously aku cukup pantang kalau macam tu. Aku mengaku. Maybe sebab aku tak pernah berkawan dengan budak-budak lelaki yg bawah umur dari aku. So aku tak tahu macam mana perangai diorang.
*kecuali cousin la..



Haaa nampak tak kanak-kanak ribena dua orang kat atas tu?

Yang belah kanan Syamil. Adik angkat kawan aku, SPM candidate. Kiri pulak Faiz, kawan dia. Semalam hang out dengan korang memang best ahh! Dengan aku skali dah jadi macam budak-budak. Dalam wayang tak reti dok diam sampai orang sebelah tegur! Aaduyaiiii -..-''

One more thing, berkawan dengan budak lelaki yg bawah umur kita ni agak senang la nak "in" dengan diorang sebab diorang hormat kita. Bukan nak kata tak best berkawan dengan yang sebaya or lebih tua, tapi setakat ni aku dah berkawan dengan both side. Then aku nampak perbezaan! Heeee!




Hamekkkkkk! Macam-macam perangai kau buat semalam kan dik! Dah la dua-dua orang kuat bergambar.

Aku buat entry ni bukan sebab aku nak bercinta dengan budak muda dari aku pulak, tapi sebab aku dah tahu macam mana rasa berkawan rapat dengan adik-adik. Hakhak

Hmm patut lar Che Ta bercinta dengan Zain Saidin. Mungkin sebab ni la kot. OK. Sekarang ni memang aku takkan anti la dengan Che Ta dah pasni. Go Che Ta! hikhik

Sekian.












Friday, 30 August 2013

Girls Day Out!

Wehuuuuuu!
I'm back! Heeee

Okey. Ambil jubah konvo settle. Hal-hal hari graduasi pun settle. Alhamdulillah.

So, after settle all the things I think I should have one day that I must make myself happy gilaaaaa!
Haaa amekau. Beriye speaking last ayat selit "gilaaaa" pulak. hahaha
Lantak kau la bedah.

Aku decide nak keluar dengan BFF aku si Myra, Farah and Aishah. Tak pergi mana pun. Lepak KL makan mee ramen kt Time Square je. Yang buat aku semangat lagi, kawan baik aku yg paling comel turun dari Kedah. Auwwww!!

Rinduuuuu gila kat Aishah! hihik

Lepas makan mee ramen tu, Myra decide to meet her boyfriend at Lot10. Senang cite, pakwe dia kerja kt Celebrity Fitness Centre. I thought the place macam biasa-biasa je. Gym kan.. Apa je yg ada? Dumbell banyak la. Hahahaha!

But I was wrong. Totally wrong. Phewwww!

The place was awesome! Masuk-masuk je, kami terus ternganga. Macam ada kat dunia lain. Dunia yg takda orang boleh kacau kita. Apa yg kita tahu, just workout all the time! Waahhh gitewww!

So apa lagi! Sementara tunggu Myra dating, kami tangkap gambar. Biasa lah perempuan. Harap faham.
Hahahaha









See? Amazing right? It was at the rooftop!

Nak dijadikan cerita, lepas berjimba sana sini tangkap gambar, memasing kelam kabut cari toilet. Aku dengan Myra serbu terus dalam gym tu. Aishah and Farah tunggu kat luar.

Balik je dari toilet, terus pergi kat diorang. Waahhh! Macam kenal mamat yg tengah lepak kat sebelah tu! Siap pasang lagu merdeka! Bagus! Heeee

Tilik punya tilik, Amran Ismail daaaa.... Handsome gila!!



So, it was along journey. Banyak gelak! But I was soooooo happy! Thanks korang!












Wednesday, 21 August 2013

Kalau salah tegur, Bukan simpan.

Entry serious. Tak nak lawak-lawak dah.
Tapi nak gelak kejap. Tak lama.

Aku ada kawan. Aku ada sahabat. Aku ada saudara. Aku ada adik-beradik.
Semua akan buat salah. termasuk aku.

Masa aku study dulu, aku sedar banyak salah yg aku buat. Tapi aku bersyukur ada kawan yg sanggup tegur kesalahan aku. Mula-mula memang aku rasa really annoying sebab aku tak boleh terima apa yg dia tegur.  Tapi lama kelamaan selepas aku nampak ramai yg tak suka aku, aku sedar sendiri kesalahan yg aku buat hasil dari teguran rakan-rakan sekeliling.

So, for those kt luar sana yg rasa kawan ada buat salah, tolong lah tegur secara perlahan-lahan. Sebab aku yakin, kalau dia tak boleh terima on time kita tegur tu.. Kemudian hari dia akan terima jugak.

Ini untuk kebaikan semua orang.

Peace! No war.
-Pray for Mesir-
















Monday, 19 August 2013

Jeppers Kesayangan Hamba!

Holaaaaa! Olyyy! ku beri nama saudara saudari cikebum cikebum!
Putih putih melati, merah merah delima!

Haaa nampak tak? Macam tersasar kan?
Tapi takpa.. Buat relaks je semua anak-anak ye.. Relax.

Hidup ini umpama layang-layang.... *mood sedih hokayy
Dulu aku tak ramai kawan. Dari sekolah lagi macam tu. Pada aku mana yang satu kelas dengan aku, itu je la kawan aku. Masuk sekolah menengah, kelas lain. Kawan pun lain. Yang dalam kelas tu jugak la kawan aku.

Bukan nak kata aku ni sombong, tapi aku memang jenis tak reti nak sapa orang ajak berkawan. Nak2 kawan lelaki, kalau kira dgn jari tak sampai sepuluh orang. Sampai la masuk kolej, kawan aku dah ramai jugak la. Itu pun selepas mereka menyedari bakat aku yg suka buat lawak.
*cewahh feeling raja lawak jap

Entry untuk best friends aku kt kolej aku dh buat hokay.

NOW entry untuk kawan baru. Siapa kata dekat facebook tak boleh percaya orang? Tapi mesti berhati-hati la sebab ada sesetengah tu mengambil kesempatan.

Aku buat kawan sejak awal tahun ni dengan diorang. Sejak aku menonjolkan diri kerana seseorang yg orang kata "fenomena" lahh! And he is.............. :

YES. He is Jep Sepahtu.
Aku memang minat gila tahap dewa dewi ironman sepuerman spiderman kat Jep ni ha! Then dari facebook la aku kenal Jeppers yg lain. Facebook sapa yg ada gambar Jep, memang aku add la kan. Bhahahak!

Thanks to kak Adila yg handle aku masa first time nk pergi KKX. hikhik!

Then sampai la satu hari tu, peminat yg paling limited edtion a.k.a Kak Long approve aku. Berkawan dgn Kak Long, ramai Jeppers yg aku dapat kenal. Thanks youuu kak long! Tau kak longgg! Sama ada melalui perjumpaan atau facebook. Tapi paling ramai kt facebook la. hikhik

Bukan setakat Malaysia, but I'm feeling so lucky lucky lucky cause I can make friend with those Jeppers from Singapore!! Whoaaaa!

Dari Jeppers kesayangan hamba, macam2 pengalaman yg aku dapat. Masing-masing punya cerita. Masing-masing punya kisah.

OK. Tolong prepare. I'm gonna use novel punya ayat. hahaha

*Jeppers, mungkin ada di antara kita tak pernah berjumpa. Tapi yg pasti, perancangan Allah sebaik-baik perancangan. Dia temukan kita melalui seorang hamba-Nya yg bernama Mohd Nadzri (Jep Sepahtu).

Jeppers kesayangan hamba, dah la tu. Tak payah nk nanges sangat la ek. Ni baru sikit. Nanti siap nk buat movie tau. Time tu baru nanges banyak-banyak ek. *OK tipu.

Now nak kongsi dgn korang gambar2 abang long yg sempat diambil masa turun Tesco Ipoh sabtu lepas dgn kak long and kak ida :

Guru besor pencen

Kak Shira cantekkkk!

Bowling belon. hahaha

-No caption-

Untuk dia hey! Untuk dia hey!


-No caption-

-No caption-


Tok wan ni kena buli dgn Jep. hahaha


Dari kiri empunya blog, kak long, Fa, kak Ain, kak Ida, Amy


OK. Yang bawah ni pulak gambar masa kt Tesco Rawang. Tapi tak sempat ambik banyak sebab Jep nk cepat. Ada hal.

Special case


Angin tiup baju. Dah mcm orang pregnant. bhahahahak! -__-

Kalau diberi peluang, nanti kalau ada event yg dianjurkan JEP FC.. Teringin nk join and jumpa dgn semua Jeppers yg ada! heeee

Haaaa tetiba rasa nk buat contest pulak kan..
Mana gambar Jep yg "No caption" tu, sila reka dialog! kikikiki



Monday, 22 July 2013

Senyum

Assalamualaikum Selasa.

Ni lagu Najwa Latif. Tapi aku rasa apa yang ada dalam lagu ni.

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah ataupun jemu

I'm sorry that I love you
I'm sorry if I miss you
Even if I can't have you
You know I'll always be there for you

Mungkin kita tak bersama di tadirnya
Tak mengapa asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu
Biar tiada siapa yang tahu
Biar akau mencintaimu
Dalam diam ataupun bisu

I'm sorry that I love you
I'm sorry if I miss you
Even if I can't have you
You know I'll always be there for you
I'm sorry but I love you




Kadang-kadang aku bermonolog "sampai bila aku nak sorang macam ni? bila ada majlis, kawan semua bawak pasangan masing-masing. bahagia tengok diorang".

Aku yakin. Bukan aku sorang yang pernah rasa semua ni. Aku yakin. Ramai lagi yang pernah ada kt tempat aku.

Jodoh rahsia Allah. Mohon pada Dia. InsyaAllah.












Monday, 15 July 2013

Ramadhan & Kanak kanak

Assalamualaikum Ramadhan.

Alhamdulillah jumpa lagi kita tahun ni kan? hehe.

By the way, when we talk about ramadhan of course perkara pertama yg terlintas harussss lah terawih, amal jariah, amal ibadat dan sebagainya di bulan mulia.

Selain dari tu, ramadhan ni jugak bulan yg membuka pintu rezeki kepada peniaga-peniaga kecil terutama yg berniaga di bazar ramadhan. Tapi jangan sebab sibuk cari duit, sampai tinggalkan solat ye abang-abang, kakak-kakak, pakcik makcik..

ibadah di bulan puasa mendapat ganjaran yg amat besar =)


Tak ketinggalan golongan mak-mak. Setiap pagi mereka bangun pagi untuk sediakan juadah sahur. Ada mak-mak yg sebulan sebelum puasa dah pegi soping mall beli buku masak "365 Hari Juadah Lengkap". Hamekauu buku resepi dah tebal macam bukut teks sekolah. *Mak aku lettew! kihkihkih

kunun manja sangat lettew. haha

Selain dari tu, golongan remaja perempuan juga sibuk men'survey'kan baju raya yang kini hangat di pasaran. Lace, Abaya, Peplum dan sebagainya. Cakap pasal peplum, aku tengok lawa doh baju gitu! Dah macam kembali ke zaman Saloma. Omey je orang yg pakai peplum. Teringin gak kadang tu tapi aku pakai kang nampak macam cendawan butang sebab aku gemok. kahkahkah

Hamboiihh sakan ko dik!! hahaha

Golongan ayah-ayah pula seperti biasa, selepas raya tahun lepas mereka dah berfikir pasal budget untuk raya tahun depan. "Bang, nak langsir baru". "Bang nak teko salut emas". "Ayah, nak baju peplum 2 kontena". hahahha macam melampau kan? Tapi itu lah perumpamaannya. Fikir-fikirkan. Ayah/suami bekerja berhempas pulas cari duit untuk sara keluarga. Ukur baju di badan sendiri. Kalau mampu go on..

Renungkan anak-anak =')




Haaaaa ni part paling syiok. Masuk bab kanak-kanak.

Budak-budak lelaki ni kalau bulan puasa memang rajin ikot ayah pegi surau ataupun masjid. Tapi cukup satu rakaat, secara berjemaah diorang keluor pegi main galah panjang. Tak cukup dengan tu, lepas setel satu game masuk balik surau dok sambung "amin" lepas surah al-Fatehah. Yang tak boleh blah diorang punye "Aaaaaaaaaaminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn" cukup panjang sampai tok imam nak sambung surah lagi satu baru stop. hahahaha *tak ketinggalan adik aku

sekurang-kurangnya mereka dididik dr kecil untuk solat berjemaah

Aku kompem korang mesti ade pengalaman puasa masing-masing masa kecik. Macam aku dulu (pengakuan ekslusif), aku pernah teguk air dalam bilik air. hahahaha gileeee kalau mak aku tau mesti die sebat dengan batang paip.
*sorry mak. kalau baca blog kite, mak senyum je la tau. jangan marah. hehehe

Adik aku yg kecik tu pulak buat-buat sakit perot. Pastu nanges guling-guling nak bukak puasa. Disebabkan anak manja, puan emak dan encik ayah mengizinkan. Sekarang ni dah darjah 4 kalau buat gitu lagi mau mak aku lesing je ngan siku. Padan muka ko. kihkihkih *kakak yg kejam tapi pemalu.

For those yg lebih teror tahap keluang man, malam terawih pertama diorang dah main mercun dengan bunga api. Kecoh satu kampung dok lari-lari buat aksi paling menarik konon boleh dapat trofi dan sijil. kahkakah aduyaiiiii la budak-budak ni.

akak tabik spring kat ko dik. dah macam pahlawan.

That's all for today. Selamat berpuasa kawan-kawan!






















Sunday, 7 July 2013

And... when He called me "adik"

Assalamualaikum...

Isnin?? Arghhhhhhhhhhhhh! Rasa nak jerit kuat-kuat dari atas bukit bagi semua orang tau aku tak suka Isnin!  muahahaha.

Mengantuk. Sangat. Hujan. Aircond. = Nafsu untuk tido membuak-buak.

Intro aku macam biasa la. Memang takkan ada kena mengena dengan tajuk entry. Harap faham.

OK macam ni ek. Jumaat lepas, kat stadium mini shah alam aku pegi tengok game MASC (Malaysian Artist Sport Club) vs KPDNKKKKK tah aku pun tak tau apa maksudnya. Yang aku tau KPDNKK tu kompem betoi dah.

For those peminat Jep Sepahtu, when we talk about MASC game.. Korang mesti tangkap siapa players dia kan? Fahrin Ahmad kompem ada. Fiq Mentor and ramai lagi. And... Malam tu jugak Jep Sepahtu turun!
Yeehaaaaaaa!

First game


Plan nak pegi tido rumah member malam tu, tapi bila kak long mesej "Jep ada game malam ni kt stadium mini shah alam", aku dengan kadar kelajuan Nissan Fairlady terus pecut bersiap. Tapi biasa la perempuan, kalau dah dia kata dia bergegas siap..... Haruslah  2 jam kemudian baru settle!

Sampai sana dah pukul 9 lebih. Tunggu kak long, kak ida and teha dulu, baru aku masuk.

Masuk je dalam stadium, bukan tengok Jep main bola. Tapi dok main Candy Crush and berbincang "How to make taik Pou jadi banyak" hahahahahahaha hamek kauu! Kemain lagi.
Sorang-sorang jadi pembidas berjaya.

Ehem. Kadang tu ada jugak jeling sikit-sikit. Kahkahkah *begurauuuuu

Tamat je game tu, dah pukul 10.40. Memasing keluar secepat mungkin. Alih kereta betul-betul depan, belakang, kiri dan kanan kereta Jep. Baekkk punyeeeeee! hahahahaha konon tak nak bagi Jep diserbu orang lain. Macam tamak kan? Tapi takpe lah. krikk krikk~~

Bila orang lain dah settle ambik gambar ngn dia, kami punya turn pulak.
muehehehe!

Aku biar kakak-kakak dulu, then last sekali baru aku. hikhik.

Yang buat happy tak terkata tu........ Bila turn aku :-

Jep           :  "sape lg nak bergambar? adik.... meh."
Kak Long :  "olynn la Jep.. hari tu kan Jep panggil die olynn"
Jep           :  "lynn.... haa meh sini."

OK. Time tu aku rasa nak lompat sampai ke bintang!! hahahahahahaha! *perasan adik Jep 2 minit

Second game

















Wednesday, 3 July 2013

Best Malay Cover Song

Assalamualaikum...

Haaaa tengok tajuk? Bajet aku ni dulu pengkritik tetap Malaysian Idol la konon. Puihh.
hahahaha!

So, hari ni aku nak update lagu-lagu cover yang aku rasa best la untuk pendengaran umum telinga aku. Tapi pada korang aku tak tau la pulak kan. Kalau rasa tak best, tutup ja teruih.

Selongkar punya selongkar youtube tu, aku jumpa lagu-lagu cover dari dua orang mamat kembar ni. Agak rare sebab jarang wujud kembar yang ada suara sedap macam depa nih. Tak pecaya cuba korang dengar.

Sat na......

Tadaaaaaaaa!


                                                         HANYA PADAMU - QIARA


2nd song.


                                                                PENDAM - SYAHIR
 

3rd. Mash-up! Maap pakaian kurang sopan. Tutup mata.


                                                        OST OMBAK RINDU vs L.B.S


4th song. Aku suka yang ni! Yeehaaaaa!

                                                             
                                                  HARAPAN - OST SEINDAH SAKURA


Amacam?? Best tak? Kalau tak best, takpa.. Sebab aku paham. Tak semua ada taste lagu yg sama. So, last but not least aku nak selit jugak la cover song favourate aku yang tidak ada siapa boleh tandingi.

Jap eh..... hakhakhakhakhak *bagi aku gelak dulu

OK!


                          Maaf semua penyanyi di luar sana. Jep is my favourate singer! hikhik






Tuesday, 18 June 2013

Puzzle dan Kakak

Assalamualaikum Rabu.
wordless wednesday? NO.

Puzzle? YES.


What do you expect?






Aku bukan cerita pasal "puzzle" yang macam dalam gambar tu. Tu permainan masa kecik aku dulu.


Entry aku hari ni nak korang fikir apa yang tersirat disebalik "puzzle". Sapa dapat teka aku bagi hadiah. Tapi dalam mimpi la. hahahaha. OK. Aku bergurau.


Apa yang aku dapat dari perkataan puzzle ni adalah melengkapi antara satu sama lain. Bukan untuk orang bercinta semata. Tapi dalam hubungan kekeluargaan pun kita macam "puzzle". Apa yang adik tu kurang, kakak lengkapkan. Apa yang kakak tu takda, adik carikan. Macam tu jugak la mak dengan ayah kita. They must backup each other.


Betoi ke tidak ayat omputih aku tu lantak ler. Janji kome paham. *sambil bukak lagu Akim kasi feeling lebih sikit.


"Hati ini.. kan terasa sepi.. Tanpa senyuman indah yang menruntumkan jiwa.."


Ye Jep... Aku kalo tak nengok ko punye sengih tu sehari, aku memang tak tido malam. Nasib aku dok rumah orang. Kalo rumah sendiri dah lama aku tepek semua gambar ko jadik wallpaper! hahaha 


OK. Back to the point!


Bukan saje family, even dengan orang yang kita rapat pun kita mesti jadi macam "puzzle". Sebagai contoh kawan-kawan. Memang kekadang tu mesti ada salah faham dengan kawan. Even dengan kawan baik kita sendiri, mesti ada selisih pendapat. But we must take note yang kita kena melengkapi antara satu sama lain dalam hubungan persahabatan. Macam "puzzle".


Seriously, kadang rasa kosong bila kita takda kakak. Cemburu tengok orang yang ada kakak tu perkara biasa yang aku rasa. Tapi alhamdulillah, Allah dah hantar pada aku "sekeping puzzle" untuk lebih melengkapkan hidup aku.


Perancangan Allah itu indah. Kita kenal sebab dia. Kita jumpa sebab dia. Kita rapat sebab dia. Siapa "dia" tu biarlah kita dengan Allah je yang tau.


Kak Long Suhaila, you're the most special "puzzle" in my life. Sayang akak! hikhik!




















Monday, 10 June 2013

Dari sahabat kepada sahabat

Assalmualaikum Selasa!
Seeeeemaaaaangaaaattttttt! haha

Jep Sepahtu pernah berkata: "fans saya semua sahabat-sahabat saya"

Aku fans Jep Sepahtu. Soooo aku sahabat dia la kan? Semangat gedik dari mana tah datang idea aku nak buat entry ni. Sejak jadi peminat tegar, aku banyak baca pasal Jep. Then tiba-tiba hari tu aku ada terdengar satu lagu ni yang liriknya macam sesuai sangat dgn si Jep.

Bermulalah planning idea gila-gila aku nak aplikasikan lagu tu untuk entry ni. Tapi aku ada ubah sikit la. kahkahkahkah.

Malas taip panjang. So ni lah hasilnya!

Penyanyi: Tegar
Tajuk     : Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang


Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu di luar sekarang ku dilayar
Dulu dulu dulu ku tidak mampu
Sekarang aku bahagia







Cita-cita ku menjadi yang terbaik
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untukku semua






Hidupku dulunya seorang yang biasa
Pulang malam selalu bawa rezeki tambahan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah








Sekolah dulu ku hanya yang biasa
Terpaksa ku harus mencari nafkah






Tetapi aku tidak putus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haaaaa gitewww! Tamat satu entry aku taip hari ni.

Kat sini aku nak bg tau yang aku kongsi ni sekadar untuk aku suka-suka je sebab....
" hak menaip hak pemilik blog!! " hikhik
















Thursday, 6 June 2013

Gila dengor lagu Zapin

Masyurkan, dondang dendang!
Iramakan dondang dendang!

Ahaaaaaa... Assalamualaikum =)

Macam biasa, sila baca tajuk entry sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami isi entry. Hakhak.

Actually dulu aku ada jugak dengar lagu-lagu melayu lama ni. Al-maklum lah opah aku dulu kerja menghias pelamin. Ala-ala wedding planner. Haaaa nampak tak kaitannya? Takda kan? OK tak mengapa.

Sejak dua menjak ni bila aku tengok cerita yg Jep Sepahtu berlakon mesti bermain-main lagu zapin dalam kepala aku. Bila dah jd macam tu, aku pun terus bukak youtube dan search lagu-lagu zapin. OK kali ni ada kaitan:-
1. ( Jep = Johor . Zapin = Johor )
2. ( Jep = Handsome . Zapin = Best )

                                                                     
                                                                         YA SALAM

Lirik:
Aku cukup suka lagu Zapin Ya Salam. Another thing yang aku suka pasal lagu zapin, banyak sangat nasihat tak kira la pasal kehidupan, cinta, keluarga. Macam-macam lagi lah.

Tarian:
Sembang pasal tarian. Bila Zapin je semua orang tahu yg tarian zapin ni memang meriah. Step cantik je. Aku pantang betol kalau tengok budak menari zapin. Comel tak hengat uollsss!

Ni aku tengah dok kat office pon buat kerja sambil dengor lagu zapin goyang-goyang kepala. Akak HR dah usha panas je... Hahaha.

OK. Sekarang aku nak share lagu zapin kegemaran aku. Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Tan Sri S.M Salim, Sharifah Aini antara penyanyi yg aku adore bila nyanyi lagu zapin.


                                                                DONDANG DENDANG


                                                                  ZAPIN PUSAKA


                                                                      ZAPIN BUDI


Semalam je aku dah download dalam 20 lagu zapin. Tiga lagu kt atas tu wajib ada dalam playlist. Sebelum tido aku dengor dulu sambil bayangkan Jep. Haaaaaaaa lagi sekali nama Jep kan? kihkihkih *peminat tegar memang cenggini.

By the way, for those yg memang tak pernah layan lagu zapin.. Please la dengor lagu zapin sekali sekala. Memang best! Yang memang selalu layan pulak, meh share kt sini lagu zapin yg lain yg korang layan.

P/s : aku orang Perak. bukan orang Johor.

Zapin lebih awesome dari lagu K-poppun.

Sekian.










Monday, 6 May 2013

Santapan si Kulit Wajah


Assalamualaikum.

Hye hellow there! Lama dah aihh ceq tak taip entry. Hahaha. *bajet famous 2 minit uollsss..
Macam biasa, baca tajuk mesti dah tau nak kongsi pasal apa kan? hikhik.

Aku rasa kurang sesuai la tajuk entry aku dengan keadaan semasa sekarang ni. Baru lepas pilihanraya pulak tu... Ahahaha! Aku pun nak jugak kan..
       
        Ali mendahului dlm pertandingan congkak.
        Eh? Tetiba BLACKOUT??
        Tadaa! Secara magiknya Abu menang! -..-'


OK. Back to the topic! Sebenarnya tergagau-gagau jugak la aku nak taip entry pasal kecantikan ni, sebab aku bukannya cantik mana pon. Tapi den totap menggagahkan diri sobab den nampak perubahan kek muko den ni ha..!
Hahaha. Nogori pulak kan.. Bantai la Piqah..

Mohon semua ambik perhatian. Dan tolong sedar bahawa nada aku ni adalah nada memaksa.
Muehehe!

Aku jenis yg tak suka pakai produk serangkai. Semua lain-lain jenama.And aku nak bg warning, produk yg aku pakai ni bukanlah produk mahal tahap mencekik darah dan perasaan seorang wanita ye..


First, I would like to introduce you to my pencuci muka & skrub Safi Balqis. Agak lama jugak aku dah pakai 2 menda alah ni. And nampak perubahan.

hanya beberapa hengget di Pasar Mini Wing Peng


The third one is Bio Oil. Siapa yg tak tau minyak ni? Meh aku lempang. Ahahaha begurau begurauu! Minyak ni pun memang banyak khasiat. Boleh jugak apply kt muka sebelum pakai make-up. Dulu aku tak tau boleh apply kat muka.

My cousin bg tips, campur minyak ni dgn krim Hazeline Snow. Korang boleh nampak hasil dia!
The fourth one is nose patch. Ini penting! Aku selesa pakai jenama Biore. Hikhik. Kalau tak, serious aku rasa hidung aku macam hutan azmazon kalau tak pakai menatang ni. Hahaha.

Biore Nose Patch

The fifth one is Shiseido Charcoal Mask. Ini topeng ajaib! Percayalah.. Kesan dia.. fuhhh!

WAJIB beli for girls out there!


Next one untuk bibir. Aku tak nafikan bibir aku ni cepat kering. Dah pelbagai jenama aku cuba, sampai la aku terjumpa my cute little baby sexy Cocoa Butter Palmer's Lip Balm. It's a magic!

Try it out girls!

That's all! Semua barang murah-murah kan? Tak perlu beli yg mahal-mahal, kang tak sampai hujung bulan dah pinjam duit mak. hehehehe.

So, sekarang aku nak tunjuk perbezaan gambar aku dulu dengan yg sekarang. MOHON jangan pengsan tengok muka aku sebelum pakai semua benda kat atas tu.

NON EDIT + NON MAKE UP
Walaupun tak semulus retiss Korea.. Tapi aku nampak perubahan itu! Jyeahhh! Alhamdulillah!

Tak perlu berbelanja banyak. Kerana dirimu begitu berharga.. Cewahh! hikhik